Thursday, 12 November 2015

Going to be STUDENT again...

Last Monday, I received an information / confirmation from my 'main' department... its regarding the Post Graduated Diploma. They said, I am on the list... Wow... It feel so awesome .. Then I will get 1 year study leave and be a student again... It will be under Social Work Diploma under National University of Malaysia (UKM).. Pretty excited.. nervous some more. Well.. its been like 15 - 16 years ago had been student and now being student again, it is been 'freeze' for long period time.. So ya, I will go with it.. Take it as a challenge... And I really hope that I am able to update my 'student life AGAIN' in this blog. Hope so... 

Anyway, have a great day... 

Stay GORGEOUS

Niza A. Rashad

Monday, 19 January 2015

A Beautiful January 2015

Permulaan January yang baik... :) Sibuk dengan urusan perpindahan yang bakal berlaku dalam seminggu dua ini. Going to live in my OWN house... Its Awesome right. Finally, in my age 35 I able to have my own house. In Shaa ALLAH biarlah rumah ni akan berkekalan lama bersama dengan saya. Mencintai rumah ini dengan sebaiknya. Not to big, not to small.. But I am happy to have this house of my own... Ceewaaaahhhh....

Also spending my 1st week of  January 2015 vacay 'in house'.. betul2 in house cause not going anyway, just spending my time in the room without any nagging or anything that can disturbed me.. but then bila dah cuti2 tu rasa malas akan keluar la pula kan. Well... It still a beautiful in house vacay.

And now, i am preparing for 3 programs (of cause official programs) which will be held on February & March. That is what our BOSS in HQ ask us to do in states.. Saya yang menurut perintah konsepnye kan.. Apa2 pun, lets rock 2015 with another beautiful memories... lets work hard to gain some awesome time in future... Predicted that this year will be a 'horrible year' for Malaysia. Well... will see how horrible it is.. yang penting sekarang dah tak boleh nak rasa diri tu kaya raya.. semuanya kena serba serbi sederhana... :) I try my best to be 'kedekut' as I can.. heheheh Ok, stakat ni je sy berceloteh.. nothing much to say actually...

Love you

Niza Rashad

Friday, 2 January 2015

Antara coretan perjalanan sepanjang 2014















2014 : Time Pass

To many things happen for each of us during last year.... Dan sy tidak ketinggalan dalam mengecapi keindahan perjalanan hidup itu. Kesal?... tidak, tiada kekesalan yang berlaku. Setiap apa yang terjadi, itu adalah petunjuk arah kematangan. Ada ketika kita merasakan apa yang terjadi agak 'childish' but then its all learning process... Kita akan terus menerus belajar tentang kehidupan kita sampai ke liang lahad... It is fact.

Tahun 2014... Tahun yang sederhana ceriteranya.. dimulakan dengan sudden visit to Krabi.. Hahahah itu kelakar... Hatyai baru je kena bom, kitrang layan terus ke Krabi... Itu hebattt... perjalanan 4 hari 3 malam. Jumpa rakan baru, dan sehingga sekarang masih berkawan. Itu antara hikmah dalam perjalanan ni... sharing pengalaman dan saling berkongsi cerita sepanjang perjalanan. Itu hebat dan mahal...

Lantas sepanjang menjalani kisah di awal tahun, negara ini dikejutkan dengan hilangnya pesawat kemegahan Malaysia... MH370 hilang tanpa sisa... tiada khabar...tiada bayang... hampir sebulan pencarian hanya sia2.. namun tiada hentinya pencarian itu masih terus dilaksanakan hingga kini... Mahalnya sebuah pengorbanan manusia.. betapa masih kita engkar akan tujahan dugaan dari maha pencipta. kita lalai selepas itu....

Perjalanan diteruskan dengan satu lagi kisah pertalian darah... untuk pertama kali nya, hampir lengkap sambutan Aidilfitri bilamana semua dapat berkumpul bersama.. Namun... sekuntum bunga yang hilang tanpa berita meruntun hati di pagi raya.. tidak sanggup melihat wajah sugul orang tua, diri mulai dengan berlawak bodoh.. hanya semata2 ingin mengelak dari berlakunya konflik dalaman antara pertalian ini... sebakl bila kekurangan itu dilihat dan ditanya oleh kalangan ahli pertalian lain... maka alasannya pun dicipta agar dapat menutup sebentar kisah duka itu....

Kemudian, sekali lagi kita dikejutkan akan jatuhnya lagi kemegahan negara.. MH17 jatuh terjunam ekoran kebuasan manusia lain dalam mengejar kuasa dunia yang serba sementara... korbannya mereka atas nama keluarga... Maka ajal akhirnya ternoktah bilamana semuanya dapat kembali ke tanah air walau sudah tidak bernyawa... yang suami hilang isteri.. isteri hilang suami.. ibu ayah hilang anak, anak hilang ibu @ ayah...  Suram negara ketika itu .... Tragedii....

Kesedihan tidak berpanjangan bilamana tidak lama selepas itu, diri diangkat sebagai salah seorang yang dicontohi.. walau persoalan dalama diri tetap bertanya... tang mana yang patut dicontohi?.. Tapi diri tetap terima dengan hati yang besar,,,,

Perjalanan diteruskan bila mengikuti rakan lain dalam melaksanakan program luar di negeri lain... ilmu & sahabat dapat dikumpul.. bangga nya hati bila dapat membina persahabatan dengan orang lain, dapat berkongsi akan pengalaman bersama... tawa ria.. sangat gembira... persahabatan tidak ternoktah disitu sahaja... ia berlangsung sehingga ke hari ini... meriah dan penuh dengan kasih sayang... Diri bersyukur atas peluang yang ada...

Di pengakhiran perjalanan sekali lagi alam menduga manusia... berlakunya bah di negeri pantai timur.. lagaknya wujud sebuah pulau yang dikelilingi wair yang keruh.. mengalir deras & buas hingga memusnahkan keseluruhan harapan..teduhan dan semangat.. hampir hilang sabar manusia namun dek teguhnya keimanan walau senipis bawang... Akhirnya dapat ditangani dengan baik & sempurna.. keinsafan melihat kebesaran ilahi terus bermain di minda... andai ini adalah dugaan nya.. kami REDHA...

Lantas 2014 menghampiri penghujung yang sempurna bagi diri... saat tawa, pasti ada sedih... saat sedih pasti ada senyuman.... kurniaan musibah tidak datang bersahaja, ia pasti disusuli dengan tujahan kesempurnaan disebaliknya... Terpulang pada diri kita untuk menilai adakah ianya baik untuk diri kita mahupun tidak... Kita manusia yang serba serbi kurang, tidak punya apa-apa.. yang ada hanya secebis keimanan, sekelumit kesabaran dan secuit senyuman.... Dugaan pasti akan ada namun terpulang kepada individu itu bagaimana ia ditangani.... In shaa ALLAH hari-hari yang mendatang pasti akan membawa sirna...

Kasihnya TINTA
Niza Rashad

Thursday, 3 July 2014

Thursday, 5 June 2014

Choose To Be Wiser

Its been a while since my last post.. I guest last post was in October 2013.. yes exactly... What new?.. Nothing special anyway... only now, working on my inner peace... by letting myself to more closer to CREATOR.. to refresh myself, to relook for what have I done last time.... last last time...

As for now, let me just train myself to be more stronger, more wiser. I just get tired to please other people who don't appreciated me as I am. Let's move on and matured. For how long I need to spare myself, my time when everything its not clear.. and I only get the promises... Made a promise to be broken... It's not happen once.. but few times... like most of the time. So, better for me to back off for good... Suit for me, and suit for you. No one will hurt huhh...

Let grow up, grow big... the mentality should be change...the hope should be fulfill... the planning should be success.. No more lie, no more arrogant, no more broken promises... I am happy for who I am... Its not easy for me to step in, but at least I'm trying to be good... Let spread love & positivity....

LoveNINA
5 June 2014

Saturday, 2 November 2013

Sebulan di Jepun

Hari ni genap sebulan lebih berada di Tanah Matahari Terbit... Dah mcm2 tempat dah pgi.. mana field trip nya.. mana lagi trip2 sendiri.. hehehhe Best juga .. tapi ada kala nya hati sangat rindu kan Tanah Malaysia... Sabar duhai hati... 5-6 minggu je lagi.. In Shaa ALLAH everything going to be find.... aminnnnn ni antara gambar2 macam comelll je.. macam cantekkk jeee... hehehhe

Ni selepas aktiviti berlakon.. bestttt 

Ni nak ke Rocket Bazaar... Ehemmm 

Nak buat ala2 asah mata... my dear friends Sezen & Ramish

Actually time ni kitrang on the way menuju TIC.. (Hati sedihhh)

Lawatan ala2 manja

Gembira katanya....

Benda yang kat kepala Ramish tu mcm serkup utk petani wanita semasa bertani...

Nampak tak kegembiraan disitu.. heheh

Bersama ngan Ms. Baba... She is so nice..

Mee buatan sendiri ye,... bukan buatan orang... hahaha

Rumah lama yang dibaik pulih utk dijadikan pusat aktiviti bagi kumpulan wanita di Nagano

Retissss sangat..

Nutritious... Lunch Box 3-1-2

Meiji Park @ Harajuku

Budak comel 

Aktiviti malam terakhir di TBIC ..

Bila semua topi nak dicuba... hahaha

Kita jadi gadis jepun yang... macam comellll je... macam santekkkk jeeee

Penat Berkimono

Asakusa trip...

Cewahhhh kat Tokyo Cruise time ni

Ehemmm...

Lobak 

Bunga yang santekkkk


Sekitar Tokyo...

Itu je dulu buat masa ni... banyak sebenarnya... Nanti kita cerita pasal kisah lain k...

NFN

Monday, 23 September 2013

Destinasi ILMU

Alhamdulillah... tepat jam 7am flight JL 724 berjaya mendarat dengan selamatnya.. Hehehhe ramai juga penumpang yang terbang bersama ke Jepun hari ini... Misi utama lepas keluar dari flight adalah ambil luggage dengan jayanya... Dengan bantuan taklimat dari wakil JICA a.k.a Shirley hari tu, berjaya juga lah sambil2 tu sebenarnya ikut rentak orang yang sekapal.. yelah for sure drg pun gi ambik barang kan kan kan... Hahahaha motif?....

Keluar dari flight terus menuju ke bahagian Imigresen ... dengan muka yang x semengah tu ambik lah gambar masa ketibaan sambil menyerah kan slip pemeriksaan imigresen yang diberi awal masa dalam flight lagi... tekan2 jari, ambik2 gambar.. terus menuju ke tempat ambik barang. selesai ambik barang, lalu kastam plak... Alhamdulillah selamat lah juga lalu kastam tu.... lepas tu ada org pegang tag JICA.. heheh aku apa lagi senyum2 la kononnya kpd drg .. so drg bw ke kaunter JICA .. dari situ gi ambik teksi terus ke Tsukuba...

Sepanjang perjalanan menuju ke Tsukuba sangat tenang dan penuh dengan sopan santun.... Pemandu teksi, bawa tak lebih dari 60 km/jam..... slow kan... fuhhh bersih nya laaa Jepun ni... kalau Malaysia mcm ni kan bagus.. tenang mata memandang... setiba di JICA centre, register di kaunter then bagi kunci bilik.. bilik dia sangat comel... hahah suka la bilik ni....

Hari ini dapat bkenalan dengan 3 orang peserta dari Malaysia dan sorang dari Indonesia... rasa tenang dan best sbb ada juga kawan akhirnya... makan pun pg sama2.. Alhamdulillah.. syukur... mcm2 tips yang drg share ngan sy... Esok akan bermulanya cabaran yang sebenar... ada sesi orientasi.. Fuh.,.. yg tahu ada 8 orang, tak taulah kalau2 ada penambahan kan... Apa2 pun doakan yang terbaik untuk saya k...

Nukilan
NFN

Thursday, 19 September 2013

My Journey BEGIN...

Baru2 ni menerima satu tawaran yang sangat2 menggembirakan hati nurani... Hahahah nurani lah sangat... Dapat offer dari pihak JICA (Japan International Cooperation Agency) untuk menjalankan latihan intensif selama 6 bulan... Dalam 6 bulan ni yang best tang Preparatory Program.. which is... sy akan dihantar ke Jepun untuk mengkaji dan mempelajari perihal wanita disana... By the way, training sy adalah Empowerment of Rural Women... Interesting hahhhh.... Sekarang ni dalam persediaan untuk Inception Report yang akan dibentang dihadapan panel di Jepun pada 26 Sept nanti.. Wish me luck korang... huhuhu  terasa agak stress sikit tapi akan diusahakan apa2 yang perlu. Leaving this Sunday and pray for me k... :)


Love
NFN

Sunday, 30 June 2013

Tembikar Pecah...

Kurang dari 24 jam kita melihat Permainan Bola yang hebat antara Kelantan vs Johor dan kemenangan menyebelahi kepada pasukan The Red Warrior.. Gomo Kelate Gomo... yessss oppssss ye ye sy sokong Kelantan... :) apa pun tahniah kepada pasukan Johor juga kerana bermain dengan baik dan cemerlang....
 
Melihat kepada secara keseluruhan, sy lebh berminat untuk meninjau kepada kelibat penyokong bagi kedua2 pasukan semalam... sangat meriah dan sporting, walau ada kecacatan di bahagian pengakhiran game semalam... nyalaan mercun dan suar bagi sy amat mengganggu dan membahayakan kepada orang ramai. Apatah lagi ia dinyalakan di tempat yang sememangnya RAMAI orang... sy ulangi RAMAI ORANG... tapi bila mana nafsu menguasai akal... apa yang dibuat pun main redah je kan...
 
Melihat kepada konteks masyarakat kita yang berbilang kaum, bangsa dan agama.... acapkali halwa telinga kita ditiupkan dengan kata2 beradab, didikan kesopana dan saling menghormati sesama manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat amnya... Hormat menghormati apatah lagi kepada golongan yang lebih tua daripada kita... Namun demikian, kini segala kebaikan, kesederhanaan, kesopanan bukan lagi sebagai tunjang utama dalam menjalani kehidupan harian... Iya menjadi satu pilihan bagi tindak tanduk sebahagian ahli masyarakat. Amat menyedihkan....
 
Wahab Munabin pernah mengingatkan adab dan akhlak yang buruk seumpama Tembikar Pecah, walau mcm mana usaha kita untuk mencantumkan semula tetap tidak akan dapat digunakan lagi.. Perlukah kita menghancurkan adab dan kesopanan kita semata2 untuk mengejar keseronokan duniawi yang kita sedia maklum akan berakhir dengan kekecewaan. Sebagai mana kita mencuba yang terbaik dalam mencantumkan tembikar yang rosak, pasti akan berkecai juga dan akan dibuang sebab sudah tidak berguna lagi. Jangan sampai perumpamaan ini menjadi kenyataan dalam masyarakat kita. Jangan sampai masyarakat kita tidak lagi dilitupi dengan hidup yang beradab dan bersusila.
 
Kejadian semalam hanyalah 1% dalam perlakuan manusia yang ada disekeliling kita... Masih banyak lagi perlakuan yang kurang menyenangkan berlaku... Kecurian, rompakan, rogol, rasuah, pembunuhan... terlalu banyak lagi perkara2 yang menakutkan sebenarnya. Kadang kala sy sendiri lebih rela untuk duduk diam dirumah tanpa mahu keluar... bukan kerana anti sosial, tapi kerana takut dan risau.... Semoga kita semua akan bersama2 dalam usaha memperbaiki kendiri... memperbaiki jiwa dan memperbaiki adab kesopanan yang telah menjadi satu warisan dalam masyarakat kita....
 
Mood hari ni nak makan makanan menu Kelantan.. sebab semalam dah menang.. hahahah nway, Happy weekend u ols...
 
 
Nukilan
NFN

Saturday, 29 June 2013

Bila Ber'program' di luar

Mnggu ni kitrang program kat Rembau... Kecantikan - Asas Solekan.. Kehadiran pserta seperti biasalah, jemput 30, 20 yg dtg... Kat lokasi ni lah agak azab nak cari peserta... Tempat2 lain ok je. Tapi apa2 pun peserta enjoy with the program. At lest dpt bkongsi serba sedikit kemahiran yang ada.. Kitrang pun ikutlah sekali.. tp sy tak.. meng'offre' diri untuk jadi model yg diconteng2 muka... hahahah dekat sejam juga lah.. perghhh lenguh der... so salute pada pengantin2 artis2 yg mekap smpai 2-3 jam... ada yg berjam2 pun... fuhhh hebat...

Puan Hamsyidar, Tenaga pengajar yang hebat...




Terasa foundation tu berbotol2 kat muka... huhuhu

Ni mekap ala2 bollywood....

Cik Nisha kita pun x ketinggalan juga..


Mother and Daughter... support anak2...


selesai suda Jejari Bestari seluruh Negeri Sembilan... now concentrate utk Ramadhan plak...

Nukilan
NFN

Monday, 24 June 2013

Makan je?... Boleh ke?..

Bab menelan ni memang kita suka... Ce ckp sape yang tak suka makan.... Semua org makan kan.. tak kira lah makan salad ke, nasi ke, roti ke.. janji makan.... Dalam apa2 event pun agenda makan jadi keutamaan... (itu yang sy perhati sepanjang penganjuran program di Jabatan Kerajaan).. Well kita makan tapi selalu terlupa adab, tatasusila makan ni...

Menurut Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) - Berita Harian (Isnin, 24 Jun 2013) 'Kesihatan diri merupakan antara aspek utama dititik beratkan dalam kepenggunaan. Ini kerana dengan kesihatan kita dapat membentuk mental yang baik sekaligus menjamin lestari kehidupan individu dan keluarga'

Maka, diberi TIPS PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN SELEPAS MAKAN

Jangan Makan Buah Selepas Makan

Ramai menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut (Dessert) selepas makan.... Tanggapan ini kurang tepat krn makan buah sebaik selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah, satu jam sebelum makan atau dua (2) jam selepas makan.


Jangan Minum TEH selepas makan

Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicerna. Jadi disarankan minum air putih sahaja


Jangan MANDI selepas makan

Sekiranya mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat. Manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.


Jangan Banyak BERJALAN

Jangan berjalan terlalu banyak selepas makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian.


Jangan TIDUR selepas makan

Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana maknan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika tidur. Jurteru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya 1 @ 2 jam.


Jangan MEROKOK selepas makan

Ini selalu berlaku pada kaum adam bila selesai makan. Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok suda pasti membahayakan kesihatan. Justeru, langkah terbaik, BERHENTI MEMBUNUH DIRI SENDIRI.


Jangan BERSENAM selepas makan

Bersenam amat baik untuk tubuh badan. Namun demikian, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik.leh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.


Jika kita lihat secara menyeluruh tips yang diberikan oleh pihak PKPKL ini, bukan kah ada dalam Sunnah Rasullah SAW dalam adab dan tatasusila makan (sebelum dan selepas). Perhatikan betul2...  So moral of the STORY, hidup kita seharian ada baiknya diterapkan dengan perkara2 sunnah Rasullah... ia sememangnya terbukti secara saintifik. Peringatan untuk diri sendiri juga.... :)




Nukilan
NFN

Sunday, 23 June 2013

Think BIG


Experience taught me a few things.

One is to listen to your gut,
no matter how good something sounds on paper.

The second is that you're generally better off sticking with what you know.

And the third is that sometimes your best investments are the ones you don't make.
 
Donald Trump

FERWHITE PURE L-GLUTHATHIONE COLLAGEN

Mari kita ketahui apa khasiat Ferwhite Pure l-Glutathione Collagen plak...

 
 
L-Gluthathione * Sebagai anti oksida yg dapat mencerahkan warna kulit
 
Kolagen * Membina sel baru, menguatkan ikatan sel kulit yang membolehkan kulit menjadi tegang, cerah dan cantik.
 
Hyralonic Asid (HA) * Penting untuk sendi, kulit, mata, gusi dan rambut. selain itu mampu melembabkan kulit dan meningkatkan metabolisme badan.
 
Acaiberry * Anti oksidan, slimming dan juga AWET MUDA
 
L-Carnitine * Memperbaiki sel2 dalam tubuh badan manusia
 
Dextrose Andyrous * Anti Penuaan.
 
Acid Folic * Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety
 
L-Taurine * Memperbaiki sel-sel tubuh badan selain mampu memberi tenaga tambahan.
 
 
Selain dipenuhi dengan multivitamin yang menjadi satu keperluan dalam tubuh badan kita...
 

 
PROMOSI HEBAT UNTUK ANDA SEMUA:-
 
Ferwhite Pure L-Gluthathione Collagen - 500gm
*Free Shaker
*Free Blackhead Mask
*Free Naturgo Mask
*Free Detoc Patch
*Free Shiseido White Mask
 
ONLY RM95 - pm/whatsapp 0172924005 untuk mendapatkan promosi yang hebat ini....