Thursday 12 January 2012

Fadhilat Puasa Wajib dan Sunnat Sepanjang Tahun


FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

 Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                       
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
                       
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                       
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

FADHILAT PUASA RAMADHAN
                       
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
                       
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                       
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
                       
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                       
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
                       
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                 
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3.    Puasa pada bulan Muharram
                       
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                       
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
                       
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
                       
 Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6.    Puasa bulan Sya'aban
                       
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                       
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
                       
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                       
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
                       
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                       
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                       
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
                       
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
                      
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                       
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                       
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
                       
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                       
 Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN
1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Bye HERE.. Hello THERE...

Alhamdulillah surat dah diterima.. :)

16 Januari ini diri akan berpindah ke tempat baru.. dimana? Pejabat Pembangunan Wanita Negeri, Negeri Sembilan. Akan meninggalkan WP Labuan tidak lama lagi. Hati teruja, gembira, sedih pun ada.. gembira?.. sebab... sebab Insya ALLAH diri akan mengambil peluang untuk meningkatkan kemantapan dan kemampuan diri dalam kerjaya dan juga pendidikan.. Teruja?.. Sebab bakal menempuh satu lagi cabaran kerja ditempat baru yang lebih luas skop nyer... Sedih?? Terpaksa meninggalkan staff PPW Labuan, kawan2 yang disayangi disini... Diri x ramai kawan disini, tapi kwn2 yg ada ni cukup memberikan kasih sayang dan membantu dalam menempuh satu lagi kisah dan lakaran kehidupan...

Untuk rakan2 di WP Labuan, diri memohon jutaan kemaafan seandainya selama ini, diri menyakiti hati kalian tanpa sedar. Namun percayalah, anda semua tidak akan dilupakan walau sedetik. Budi baik anda semua tetap tersemat padu disanubari. Insya ALLAH jika berpeluang kita akan berjumpa lagi. Sayang anda semua. Itu adalah sesuatu yang PASTI...

Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita semua dan berdoa agar segala perancangan akan dipermudahkan...

Pada Staff PPW Labuan:-

Khairulnahar - Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan perkongsian selama ini. idea anda dan sikap anda yang positif sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk terus bertugas selama berada di Labuan ini. Saya akan merindui anda dan anda adalah antara THE BEST STAFF yang pernah berkerjasama dengan saya...

Dg. Saripah - Kak, terima kasih atas tunjuk ajar dan bantuan kak selama ini.. Iiiissshhhh.. Saya akan merindui kak dayang.. sbb kak dyg UNIK...

Dk Dilla - The sweet lady in da house yooo.. semoga anda akan dikurniakan rezeki ya.. Make sure i jadi aunty hujung tahun ni HOKAY....

Abang Mael - THANK YOU berjuta2 kali.. sbb banyak membantu sy selama sy di Labuan. Ampun maaf andai sy menyusahkan abang mael selama ini...

Wan - Keep on rocking.. jangan CRUSH DIET.. x sihat... watever it is.. tq for everything

To my BOSS - Bukhari, thank you sbb support sy selama ini. Nasihat dan panduan yang diberi selama ini akan sy aplikasikan di tempat baru. Insya ALLAH... jan off hp kalau sy call HOKAY...

Saya SAYANG anda semua...

Nukilan
NFN

Wednesday 11 January 2012

Senyum Seharian

Seharian rasa sangat suka hati... Nape ek?..  Alhamdulillah, apa yg dihajat tercapai juga, tak der havoc mana pun tapi berita pagi ni mmg cukup buat diri tersenyum lebar... Apakah dia?.. tak pe nanti dah dpt surat tu, then baru cakap lah.. nak cakap skrg x berani lagi, kang ditarik balik ke apa ker kan.. so biar lah diri dan kenalan rapat je yg tau dulu.. :)

Nukilan
NFN

Jangan Perlekeh Kitaran Haid..

  • cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan.

  • Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan.
  • Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil.

“Salam doktor, saya telah didiagnosa mengalami ovarian cyst berukuran 3.2 x 2.8mm ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kehamilan saya. Menurut doktor yang memeriksa, jika saiz ovarian cyst semakin membesar kemungkinan saya akan dibedah. Ini merisaukan saya. Walaubagaimanapun doktor meminta saya datang semula pada umur kehamilan saya memasuki umur 20 minggu untuk memeriksa semula perkembangan saiz ovarian cyst saya. Hati saya sangat risau kerana saya baru hamil 11 minggu. Kehamilan pertama pada 2008, saya keguguran ketika berusia 13 minggu. Pada kehamilan kedua 2009 saya mengalami keguguran lagi, juga ketika kehamilan berusia 13 minggu. Ini adalah kehamilan ketiga setelah berkahwin 5 tahun dan kami belum mempunyai anak lagi.
Saya ingin bertanya, adakah ovarian cyst merbahaya kepada kehamilan saya  dan bila pembedahan perlu dilakukan? Sekian. Terima kasih.”

  • Sebelum ini saya ada menulis tentang kekeliruan setengah wanita tentang kaitan ovarian cyst dengan masalah ketidaksuburan mereka. Mereka menganggap bahawa ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. Ini adalah anggapan yang salah.

Rujuk : “ Apakah kaitan ovarian cyst dan ketidaksuburan” http://drzubaidi.com/blog/?p=2058

  • Ramai juga wanita yang hamil dan didiagnosa sebagai ovarian cyst bertanyakan kepada saya, apakah cyst mereka perlu dibuang. Sekali lagi, ia bergantung kepada jenis dan saiz ovarian cyst itu.
  • Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan bahawa imej ovarian cyst itu mengandungi cecair saja,  kemungkinan ia adalah tidak merbahaya (bukan kanser). Namun ini gambaran kasar.Pemeriksaan lebih detail harus dilakukan.
  • Pemeriksaan darah untuk mengetahui kepekatan CA-125 dan pemeriksaan CT scan abdomen membantu doktor memastikan jenis ovarian cyst yang berada di abdomen seorang wanita.
  • Jika ovarian cyst adalah jenis yang tidak merbahaya dan saiznya kecil (kurang 5cm) selalunya doctor tidak melakukan apa-apa kerana ia tidak mendatangkan mudharat kepada wanita hamil dan bayi dalam rahemnya. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound secara berkala untuk mengetahui perkembangan saiz ovarian cyst itu.
  • Tetapi jika saiznya sudah membesar melebihi 5cm, dikhuatiri cyst itu akan pecah, berdarah atau berpintal. Ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius ketika hamil. Selain menyebabkan ketidakselesaan dalam abdomen, ovarian cyst yang besar boleh memberikan tekanan secara fizikal pada punci kencing dan rahem, seterusnya menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.
  • Untuk saiz ovarian cyst yang kecil, pembedahan hanya dilakukan jika doktor mengesyaki ovarian cyst itu adalah jenis kanser.
  • Apa yang berlaku jika wanita hamil tidak mahu melakukan pembedahan walaupun ovarian cyst telah besar melebihi 5cm, sedangkan beliau tidak mengalami apa-apa masalah ketika hamil?

Doktor tidak dapat berbuat apa-apa jika pesakit tidak memberikan kebenaran untuk melakukan pembedahan membuang cyst. Pesakit harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambilnya dan doktor perlu menasihatkan dan memberikan penjelasan lengkap kepada pesakit mengenai risiko-risiko pembedahan dan risiko-risiko jika tidak dibedah. Pembedahan ini pula harus dilakukan ketika umur kehamilan memasuki fasa trimester kedua (selepas 16-20 minggu).

  • Antara risiko jika tidak dibedah ialah dikhuatiri ovarian cyst yang besar dan tidak dibuang, akan pecah, berdarah atau berpintal (twist). Jika ini berlaku, pembedahan emergency harus dilakukan. Pembedahan secara tergesa-gesa ini bukan sekadar membuang cyst pada ovari tetapi berkemungkinan juga terpaksa membuang keseluruhan organ kilang ovari.
  • Pembedahan emergency juga mengundang risiko dan komplikasi yang lebih besar. Antaranya ialah reaksi alahan keterlaluan terhadap ubat bius, pendarahan yang banyak dan kecederaan pada organ sekitar rahem.
  • Antara organ yang mungkin tercedera ialah pundi kencing, usus dan saluran darah. Kerosakan pada saluran fallopian dan rahem juga boleh berlaku.
  • Selain itu risiko jangkitan kuman selepas pembedahan emergency adalah lebih besar dari pembedahan biasa.  Jangkitan kuman boleh disyaki jika pesakit mengalami rasa bengkak dan sakit pada abdomen, demam yang tinggi, keluar lendiran gelap dan berbau busuk dari faraj atau keluar nanah atau lendiran busuk dari tempat jahitan pembedahan.
  • Kesimpulannya, untuk mengelakkan risiko komplikasi yang memberikan kemudharatan yang lebih teruk, selalunya doktor akan mencadang membuang ovarian cyst jika ianya dianggap terlalu besar walaupun ketika sedang hamil.

Namun walau bagaimana pun , nasihat saya berbincanglah dengan doktor yang merawat kerana setiap pesakit tidak mempunyai masalah yang serupa.
Wallahu a’lam..

Tuesday 10 January 2012

Excited... :)

Tak sabar rasanya menanti 17-20 Januari ni.. kenapa yer?.. Haha saya akan berjumpa dengan BFF sy .. yes yes yes... yg sorg tu hampir setahun x jumpa dia, yg sorang tu plak, on off jumpa tp x lepak lama... heheh so kali ni nak ambil kesempatan utk lepaking dan sembang2.. waaaaa best nya.. x sabar rasanya hati ni.. Heheheh Kawan2 ku sayang.. kita lepak k... Can't wait...

Nukilan
NFN

Study ... study... study

Hari ni temankan adik untuk pembelian pin UPU IPTA... Dah kar semalam kan penjualannya di BSN.. so pigi lah belikan untuk dia.. manatau ada rezeki kan.. Diri pula teruja sama... nak sambung master juga... mm dah lama menyimpan impian untuk memiliki Ijazah Sarjana tu.. mana tau boleh tukar profession plak kan.. dr pekerja sosial ke tenaga pengajar kerja sosial... hehehe...

Try surf di web USM.. ingat nak ambik master dalam bidang Kerja Sosial ini... kenapa??.. sebab skrg ni pun tengah buat bidang yang sama kan.. lari jauh dari bidang yang diambil masa deggree dulu... dari Perhubungan Awam ke Kerja Sosial.. kalo ada sangkut paut pun.. sikit2 ada lah kot.. heheheh isi punya isi .. eh lancar je tangan ni menekan2 key board nak fill in the blank kan.. sekali tu eh kena print plak.. Then terkesima.. Ya Allah aku betul2 apply ke ni?.. Hahah kelakar kan... So diri pun print la borang yang telah siap di isi, tinggal kepilkan salinan transkrip, sijil degree dan ic.. tu je.. and bank draft mualamat RM60.00 Hahah Proposal x buat lagi ni.. Hahah kelakar betul lah.. Insya Allah malam ni try untuk wujud kan satu proposal yang bernas untuk dibuat kajian sempena Master Science Social ni.. U ols semua doakan saya agar berjaya untuk kali ke 2 ni k. Insya Allah...

Anda pula bagaimana?... Sambung ker?..

Nukilan
NFN

Monday 9 January 2012

Sabar dengan dugaan ALLAH...

Semalam terima berita yang kurang menyenangkan hati, salah seorang staff telah ditimpa musibah kesihatan. Masya ALLAH.. Beliau baru saja bersuka hati dengan berita bakal menerima cahaya mata tanda kasih sayang antara beliau ngan suami... Semalam kegembiraan itu disentap oleh maha Pencipta.. dek kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk meneruskan kandungan itu. Atas nasihat doktor, beliau gagahi juga untuk mengizinkan besi2 kecil memisahkan kantung kecil itu dr tubuhnya, demi untuk kesihatan...

Diri merasa sangat pedih dan sedih.. Apatah lagi pd dia kan.. Semoga ALLAH sentiasa merahmati beliau dan suami.. Insya ALLAH sekiranya diizinkan pasti akan dikurniakan rezeki dilain masa. Setiap kejadian pasti akan ada sebab dan hikmahnya... Tadi pergi melawat dia, diri x sanggup melihat mukanya kerana air mata dah bergenang dan terbayang wajah cerianya masa memberitahu kehamilannya dulu... Senyumannya manis sekali.. Namun apa kan daya.. ujian ALLAH tiba .. tanda ALLAH sayang kat dia..

Semoga dia akan sentiasa sabar dan tabah...

Nukilan
NFN

Friday 6 January 2012

Aktiviti Pejabat.. :)

Hari ke 6 di Tahun Baru 2012.. Alhamdulillah....

Sementara minda x pack lg ngan program2 yg ada.. ambil kesempatan hari ni untuk mngeratkan sillaturrahim dng staff yg sentiasa menyokong x kira dikala susah mahupun senang.. Apa lagi makan2 tym ar.. Hehheeh Kalau u ols semua, u ols akan buat apa untuk aktiviti2 pejabat bersama ngan staff...? As for me mmg dr dulu lagi, mmg main masak2..makan beramai2 lah.. Mmg dh praktik kan benda ni since keja ngan private comp lagi.. pot luck la selalunya... heheh best dpt makan beramai2 ni, bertukar2 cerita sambil gelak ketawa... Sharing is Caring la katakan.. heheheh ...

Petang nanti nak buat Birthday Celebration plak.. tak de lah gempak bagai.. just mencukupi untuk mngingati hari2 penting antara sesama... Semoga En. Bukhari a.k.a Bos kitarang sentiasa dipayungi rahmat dr ALLAH SWT.. :) Diberikan idea2 yg bernas dlm memajukan dan memakmurkan Pejabat Pembangunan Wanita Labuan dan sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga beliau.. Amin...

Anda semua pula bagaimana?.. aktiviti anda????... :)

Nukilan
NFN

Masa Program Pejabat :)

Awal Tahun 2011

Yang sandar menyandar tu.. bakal jadi Ibu tahun ni.. Alhamdulillah.. :)

Yo yo oi.. En Khairul di apit gitewwwww
PPW Labuan 2011

Thursday 5 January 2012

Pilih selagi mampu untuk Memilih...

Hari ni dah 5hb di tahun baru. Pantasnya masa bergerak kan.. Alhamdulillah, rezeki Allah... Untuk membenarkan kita untuk terus bernafas dan bernaung dibawah payung keredhaan NYA.. semoga akan sentiasa dilindungi dan dirahmati.. Insya Allah...

Hari ni juga hari yg ke 5 untuk diri mendidik hati agar menjadi seorang yang Diam, Sabar dan Redha di atas segala yang ditentukan oleh NYA.. aturan hidup dan olahan drama manusia.. Walau angka 5 itu nampak sedikit.. tapi ada ratusan kjadian telah berlaku pd diri dan juga sekeliling... Diri telah membuat 1 keputusan yang sepatutnya telah diambil lama dulu.. tp entah mengapa ditangguh.. tertangguh dan menangguh... Tapi bila mana telah diluahkan segalanya.. terasa amat lega sekali.. Alhamdulillah.. Teman Mohd Azib je yg tau...

Ribuan kejadian lain juga serentak berlangsung... yg tidak kena mengena ngan diri la... hehe ce tengo kat Buletin Utama... menyedihkan bukan.. ? tpi itulah yg dikatakan satu pilihan yg dibuat oleh setiap individu... Kita sendiri yg mencorakkan pilihan kita.. sama ada ingin melakukan atau tidak.. kekuatan itu ada atau tidak... Sememangnya pilihan yg kita buat setiap hari tidak akan mampu memberi kepuasan utk semua pihak... Tapi adakah menjadi kesalahan andainya pilihan yg kita buat itu adalah pilihan yang terbaik untuk diri kita? Bukan menidakkan keperluan keluarga dan masyarakat.. semuanya penting. Namun adakalanya hanya kita sendiri apa yg terbaik untuk diri.. mungkin pada masa kini ia nampak buruk dimata org lain, namun kita tidka tahu di masa akan datang... Mungkin baiknya akan muncul juga 1 hari nanti...

Kalau dulu, diri selalu mempertikaikan setiap pilihan yang dibuat oleh sahabat karib .. namun bila difikirkan semula... ya Allah..siapalah aku untuk mempertikaikan pilihan itu... Kita yg bertanggungjawap terhadap diri kita sendiri.. bukan dia..dia atau dia... Sememangnya tidka semua pilihan yg dibuat adalah terbaik bg semua org .. namun itulah yg terbaik pd diri kita dan disesuatu ketika...

Pilihan diri?... BIarlah terus menjadi rahsia hati... Untuk diluahkan ..tidak mampu terluah rasanya... Biarlah dipendamkan saja...

Nukilan
NFN

Gembira dengan PILIHAN masing-masing.. :) Happy Face

Tuesday 3 January 2012

Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali

First day in 2012

As salam dan salam sejahtera untuk anda semua... :)

* Apa Azam Baru?
* Azam 2011 tercapai tak?..
* Berapa azam yg tercapai last year?..

Hehehe familiar tak soalan2 ni semua?.. Familiar kannn kannn kannn... Hehehe well inilah soalan wajib di awal tahun.. setiap tahun.... Ramai dikalangan kita mula lah buat list Things need to do for 20__ depens pd tahun apa kan... Well menanam azam baru, buat list baru ni semua tak salah... elok la tu At least adanya perkembangan positif dlm diri masing2. Tapi alangkah bagusnya kita meneruskan azam2 yang lalu, mana2 yang tak tercapai, teruskan usaha untuk mencapai azam baru... mana2 yang dah tercapai tu.. teruskan mencapai sesuatu yg lebih baik dan terbaik... :) Kannnnn... Jan biarkan usaha kita hanya separuh jalan... sayang sgt tau...

Well, untuk tahun 2012 ni, diri mngharapkan akan adanya satu impak positif dalam diri.. Diri tidak lagi mahu terus menaruh harapan pd sesuatu yg amat jauh dan mungkin tidak akan tercapai pun... Diri ingin mendekatkan diri pd maha pencipta... Sesungguhnya DIA lebih memahami diri dan mengetahui apa yg terbaik untuk diri sendiri kan... Sehebat mana sekalipun kita mencintai manusia, belum tentu manusia yang kita cintai itu akan mencintai kita semula... Sehebat mana rasa rindu kita pd dirinya, belum tentu dia akan merindui kita ... Biarlah semuanya diri jalani dengan rasa bersyukur dan berdoa diri akan mendapat ketenangan dan redha dalam setiap kejadian.. Bersedia untuk sesuatu yg tidak dijangka...

1 jer azam dan impian .. ingin melawat Tanah Suci... Biarlah rakan2 semua nak pergi korea, england, australia ke... Diri cuma nak menapak ke Tanah Suci... UMRAH ke sana... Insya Allah... Alangkah indahnya kalau dapat berpuasa di Tanah Suci pd tahun ni kan... Doakan sy yer... Semoga Allah mempermudahkan segalanya.... Memurahkan rezeki... Insya Allah...

Nukilan
NFN... :)