Wednesday, 11 January 2012

Jangan Perlekeh Kitaran Haid..

  • cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan.

  • Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan.
  • Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil.

“Salam doktor, saya telah didiagnosa mengalami ovarian cyst berukuran 3.2 x 2.8mm ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kehamilan saya. Menurut doktor yang memeriksa, jika saiz ovarian cyst semakin membesar kemungkinan saya akan dibedah. Ini merisaukan saya. Walaubagaimanapun doktor meminta saya datang semula pada umur kehamilan saya memasuki umur 20 minggu untuk memeriksa semula perkembangan saiz ovarian cyst saya. Hati saya sangat risau kerana saya baru hamil 11 minggu. Kehamilan pertama pada 2008, saya keguguran ketika berusia 13 minggu. Pada kehamilan kedua 2009 saya mengalami keguguran lagi, juga ketika kehamilan berusia 13 minggu. Ini adalah kehamilan ketiga setelah berkahwin 5 tahun dan kami belum mempunyai anak lagi.
Saya ingin bertanya, adakah ovarian cyst merbahaya kepada kehamilan saya  dan bila pembedahan perlu dilakukan? Sekian. Terima kasih.”

  • Sebelum ini saya ada menulis tentang kekeliruan setengah wanita tentang kaitan ovarian cyst dengan masalah ketidaksuburan mereka. Mereka menganggap bahawa ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. Ini adalah anggapan yang salah.

Rujuk : “ Apakah kaitan ovarian cyst dan ketidaksuburan” http://drzubaidi.com/blog/?p=2058

  • Ramai juga wanita yang hamil dan didiagnosa sebagai ovarian cyst bertanyakan kepada saya, apakah cyst mereka perlu dibuang. Sekali lagi, ia bergantung kepada jenis dan saiz ovarian cyst itu.
  • Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan bahawa imej ovarian cyst itu mengandungi cecair saja,  kemungkinan ia adalah tidak merbahaya (bukan kanser). Namun ini gambaran kasar.Pemeriksaan lebih detail harus dilakukan.
  • Pemeriksaan darah untuk mengetahui kepekatan CA-125 dan pemeriksaan CT scan abdomen membantu doktor memastikan jenis ovarian cyst yang berada di abdomen seorang wanita.
  • Jika ovarian cyst adalah jenis yang tidak merbahaya dan saiznya kecil (kurang 5cm) selalunya doctor tidak melakukan apa-apa kerana ia tidak mendatangkan mudharat kepada wanita hamil dan bayi dalam rahemnya. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound secara berkala untuk mengetahui perkembangan saiz ovarian cyst itu.
  • Tetapi jika saiznya sudah membesar melebihi 5cm, dikhuatiri cyst itu akan pecah, berdarah atau berpintal. Ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius ketika hamil. Selain menyebabkan ketidakselesaan dalam abdomen, ovarian cyst yang besar boleh memberikan tekanan secara fizikal pada punci kencing dan rahem, seterusnya menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.
  • Untuk saiz ovarian cyst yang kecil, pembedahan hanya dilakukan jika doktor mengesyaki ovarian cyst itu adalah jenis kanser.
  • Apa yang berlaku jika wanita hamil tidak mahu melakukan pembedahan walaupun ovarian cyst telah besar melebihi 5cm, sedangkan beliau tidak mengalami apa-apa masalah ketika hamil?

Doktor tidak dapat berbuat apa-apa jika pesakit tidak memberikan kebenaran untuk melakukan pembedahan membuang cyst. Pesakit harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambilnya dan doktor perlu menasihatkan dan memberikan penjelasan lengkap kepada pesakit mengenai risiko-risiko pembedahan dan risiko-risiko jika tidak dibedah. Pembedahan ini pula harus dilakukan ketika umur kehamilan memasuki fasa trimester kedua (selepas 16-20 minggu).

  • Antara risiko jika tidak dibedah ialah dikhuatiri ovarian cyst yang besar dan tidak dibuang, akan pecah, berdarah atau berpintal (twist). Jika ini berlaku, pembedahan emergency harus dilakukan. Pembedahan secara tergesa-gesa ini bukan sekadar membuang cyst pada ovari tetapi berkemungkinan juga terpaksa membuang keseluruhan organ kilang ovari.
  • Pembedahan emergency juga mengundang risiko dan komplikasi yang lebih besar. Antaranya ialah reaksi alahan keterlaluan terhadap ubat bius, pendarahan yang banyak dan kecederaan pada organ sekitar rahem.
  • Antara organ yang mungkin tercedera ialah pundi kencing, usus dan saluran darah. Kerosakan pada saluran fallopian dan rahem juga boleh berlaku.
  • Selain itu risiko jangkitan kuman selepas pembedahan emergency adalah lebih besar dari pembedahan biasa.  Jangkitan kuman boleh disyaki jika pesakit mengalami rasa bengkak dan sakit pada abdomen, demam yang tinggi, keluar lendiran gelap dan berbau busuk dari faraj atau keluar nanah atau lendiran busuk dari tempat jahitan pembedahan.
  • Kesimpulannya, untuk mengelakkan risiko komplikasi yang memberikan kemudharatan yang lebih teruk, selalunya doktor akan mencadang membuang ovarian cyst jika ianya dianggap terlalu besar walaupun ketika sedang hamil.

Namun walau bagaimana pun , nasihat saya berbincanglah dengan doktor yang merawat kerana setiap pesakit tidak mempunyai masalah yang serupa.
Wallahu a’lam..

No comments:

Post a Comment