Bab menelan ni memang kita suka... Ce ckp sape yang tak suka makan.... Semua org makan kan.. tak kira lah makan salad ke, nasi ke, roti ke.. janji makan.... Dalam apa2 event pun agenda makan jadi keutamaan... (itu yang sy perhati sepanjang penganjuran program di Jabatan Kerajaan).. Well kita makan tapi selalu terlupa adab, tatasusila makan ni...
Menurut Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) - Berita Harian (Isnin, 24 Jun 2013) 'Kesihatan diri merupakan antara aspek utama dititik beratkan dalam kepenggunaan. Ini kerana dengan kesihatan kita dapat membentuk mental yang baik sekaligus menjamin lestari kehidupan individu dan keluarga'
Maka, diberi TIPS PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN SELEPAS MAKAN
Jangan Makan Buah Selepas Makan
Ramai menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut (Dessert) selepas makan.... Tanggapan ini kurang tepat krn makan buah sebaik selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah, satu jam sebelum makan atau dua (2) jam selepas makan.
Jangan Minum TEH selepas makan
Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicerna. Jadi disarankan minum air putih sahaja
Jangan MANDI selepas makan
Sekiranya mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat. Manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.
Jangan Banyak BERJALAN
Jangan berjalan terlalu banyak selepas makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian.
Jangan TIDUR selepas makan
Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana maknan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika tidur. Jurteru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya 1 @ 2 jam.
Jangan MEROKOK selepas makan
Ini selalu berlaku pada kaum adam bila selesai makan. Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok suda pasti membahayakan kesihatan. Justeru, langkah terbaik, BERHENTI MEMBUNUH DIRI SENDIRI.
Jangan BERSENAM selepas makan
Bersenam amat baik untuk tubuh badan. Namun demikian, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik.leh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.
Jika kita lihat secara menyeluruh tips yang diberikan oleh pihak PKPKL ini, bukan kah ada dalam Sunnah Rasullah SAW dalam adab dan tatasusila makan (sebelum dan selepas). Perhatikan betul2... So moral of the STORY, hidup kita seharian ada baiknya diterapkan dengan perkara2 sunnah Rasullah... ia sememangnya terbukti secara saintifik. Peringatan untuk diri sendiri juga.... :)
Nukilan
NFN
No comments:
Post a Comment