Sunday, 30 June 2013

Tembikar Pecah...

Kurang dari 24 jam kita melihat Permainan Bola yang hebat antara Kelantan vs Johor dan kemenangan menyebelahi kepada pasukan The Red Warrior.. Gomo Kelate Gomo... yessss oppssss ye ye sy sokong Kelantan... :) apa pun tahniah kepada pasukan Johor juga kerana bermain dengan baik dan cemerlang....
 
Melihat kepada secara keseluruhan, sy lebh berminat untuk meninjau kepada kelibat penyokong bagi kedua2 pasukan semalam... sangat meriah dan sporting, walau ada kecacatan di bahagian pengakhiran game semalam... nyalaan mercun dan suar bagi sy amat mengganggu dan membahayakan kepada orang ramai. Apatah lagi ia dinyalakan di tempat yang sememangnya RAMAI orang... sy ulangi RAMAI ORANG... tapi bila mana nafsu menguasai akal... apa yang dibuat pun main redah je kan...
 
Melihat kepada konteks masyarakat kita yang berbilang kaum, bangsa dan agama.... acapkali halwa telinga kita ditiupkan dengan kata2 beradab, didikan kesopana dan saling menghormati sesama manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat amnya... Hormat menghormati apatah lagi kepada golongan yang lebih tua daripada kita... Namun demikian, kini segala kebaikan, kesederhanaan, kesopanan bukan lagi sebagai tunjang utama dalam menjalani kehidupan harian... Iya menjadi satu pilihan bagi tindak tanduk sebahagian ahli masyarakat. Amat menyedihkan....
 
Wahab Munabin pernah mengingatkan adab dan akhlak yang buruk seumpama Tembikar Pecah, walau mcm mana usaha kita untuk mencantumkan semula tetap tidak akan dapat digunakan lagi.. Perlukah kita menghancurkan adab dan kesopanan kita semata2 untuk mengejar keseronokan duniawi yang kita sedia maklum akan berakhir dengan kekecewaan. Sebagai mana kita mencuba yang terbaik dalam mencantumkan tembikar yang rosak, pasti akan berkecai juga dan akan dibuang sebab sudah tidak berguna lagi. Jangan sampai perumpamaan ini menjadi kenyataan dalam masyarakat kita. Jangan sampai masyarakat kita tidak lagi dilitupi dengan hidup yang beradab dan bersusila.
 
Kejadian semalam hanyalah 1% dalam perlakuan manusia yang ada disekeliling kita... Masih banyak lagi perlakuan yang kurang menyenangkan berlaku... Kecurian, rompakan, rogol, rasuah, pembunuhan... terlalu banyak lagi perkara2 yang menakutkan sebenarnya. Kadang kala sy sendiri lebih rela untuk duduk diam dirumah tanpa mahu keluar... bukan kerana anti sosial, tapi kerana takut dan risau.... Semoga kita semua akan bersama2 dalam usaha memperbaiki kendiri... memperbaiki jiwa dan memperbaiki adab kesopanan yang telah menjadi satu warisan dalam masyarakat kita....
 
Mood hari ni nak makan makanan menu Kelantan.. sebab semalam dah menang.. hahahah nway, Happy weekend u ols...
 
 
Nukilan
NFN

No comments:

Post a Comment