Tuesday, 18 June 2013

Fidolifia - Penyakit Psikologi yang merbahaya

Sejak kebelakangan ini, saya kerap add friend dari kalangan budak2 sekolah samada sekolah rendah mahupan menengah... most adalah bawah 15 tahun... Surprise2 budak sekolah rendah ramai dah ada facebook sendiri, twitter sendiri dan ada juga keek sendiri... Hebat2... Budak2 zaman sekarang amat terdedah dengan gadget yang serba serbi terkini... Saya pula terasa agak ketinggalan... heheheh

Bila diperhatikan, ramai budak2 ni comel2 belaka, buat muka cute, buat aksi gwiyomi, duck face... mcm2 lah.. aksi ketawa nakal... Bagi saya comel... anda pula bagaimana?... Tapi jauh disudut hati ada terdetik, budak2 ni tak takut ke dengan penjenayah diluar sana?... Mungkin sy terlalu dipengaruhi oleh rancangan tv, CSI, Criminal Mind.. tp jenayah fidofilia tu kan wujud... well kita pun doa lah agar benda2 mcm ni tak blaku kan...

Tapi hari ini,sedang mbelek paper Sinar Harian ternampak taju BUDAK GAYA MANJA RISIKO JENAYAH terus menerus baca.. Thats it... memang itu lah isunya... Fidofilia...

Apa itu Fidofilia??.

Lebih dikenali sebagai Pesakit Fidolifia yg merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah psikologi serta kecenderungan melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak dan golongan ini biasanya bertindak kejam terhadap mangsa bagi mencapai kepuasan. - Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor (Pakar Psikologi Perkembangan pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya).

Pengidap penyakit ini bukan hanya 'tergoda' dengan tubuh badan kanak-kanak berkenaan, tetapi melihat pada gerak bibir, mimik muka, gaya dan celoteh kanak2. Bahaya kan. TApi itu lah aksi yang kelihatan di laman facebook saban hari... Pagi pose dr atas ngan muncung ala2 cute, petang plak bg jelingan manja.. terlalu banyak pendedahan gambar2 sebegini dilakukan oleh kanak2 zaman sekarang.

Menurut Assistant Komisioner Hamidah Yunos dari D11 Polis DiRaja Malaysia, sehingga kini Malaysia belum menerima sebarang kes fidofilia ini meskipun ada beberapa kes rogol dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan.

Namun demikian, ini tidak bermakna yang pesakit fidofilia ini tidak ada. Mereka sentiasa ada disekeliling kita tanpa kita sedar. Melihat dari jauh dan apa yang kita takuti 1 hari nanti mereka ini muncul dan mnyerang kanak2 kita.... Itu satu senario yang patut dihindarkan, dijauhi... Dan untuk sekian kalinya ibu bapa diminta untuk memantau anak2 dalam menggunakan laman sosial ini. Memang admin facebook ini menghadkan pengguna laman ini 14 tahun ke atas, namun demikian acces yang mudah ini memudahkan kanak2 untuk memalsukan usia masing2...

Pemantauan perlu ada. Walau dimana pun kita berada. Kanak2 perlu menikmati keperluan mereka dengan selamat dan penuh dengan kegembiraan. Adalah tanggungjawab kita bersama dalam mengelakkan perkara sebegini agar tidka berlaku....

Nukilan
NFN

 
 
 


Datuk Hajah Azizah Mohd Dun

Siapa wanita yang berada di samping YB Datuk Rohani Abdul Karim dalam menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ramai yang tidak mengenali keperibadian wanita yang penuh dengan kelembutan secara lahiriahnya namun memiliki kekentalan jiwa dalam visi memperjuangkan kebajikan rakyat.

Azizah Mohd Dun dilahirkan pada 4 November 1960 di Beaufort Sabah. Anak kepada salah satu tokoh politik di Sabah Datuk Haji Mohd Dun Banir yng pernah menjadi wakil rakyat di Lumadan dan menjadi pemimpin masyarakat di daerah Beaufort.

Datuk Hjh Azizah Mohd Dun memulakan sesi pendidikan beliau di SRK Mempagar dan kemudian ke peringkat sekolah menengah di St Paul Secondary School, lulus di Tingkatan 3 dan meneruskan pendidikan di Maktab Sabah sehingga ke Tingkatan 6. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran peringkat A Level di England dan kemudian mengikuti pengajian undang-undang sehingga dianugerahkan Bachelor in Law sebelum ditauliahkan sebagai peguam di Lincoln Inn's England.

Datuk Azizah merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai majistret pada tahun 1981 hingga 1984 sekembalinya ke Sabah.  Menceburkan bidang dalam arena politik dan menang bagi kerusi DUN Klias pada tahun 1985. Pada tahun 2004, beliau sekali lagi bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Tahun 2008, beliau bertanding pula di DUN Klias dan menang kemudian dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna di Sabah. Tahun 2013, beliau sekali lagi bertanding dan memenangi kerusi Parlimen lantas dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mendirikan rumahtangga bersama dengan ahli korporat Tuan Haji PAiman Abdul Karim dan dikurniakan 2 orang anak yang sentiasa memahami tugas beliau sebagai pemimpin. Menjadikan ejekan kawan2 semasa kecil sebagai satu cabaran dalam hidup Datuk Azizah, dengan memegang falsafah Let's make DIFFERENT kini beliau mampu berdiri sebagai seorang pemimpin yang disayangi dikalangan rakyat khasnya di Beaufort, Sabah.

* Rujukan Internet

Note: Datuk Hjh Azizah Mohd Dun akan merasmikan penutupan Program Wanita Anti Jenayah - Respek Wanita (Gangguan Seksual) yang akan diadakan di TAFE College, Seremban pada 20 Jun 2013.

Nukilan;
NFN

Monday, 17 June 2013

Prelude 'Program Wanita Anti Jenayah - Gangguan Seksual (Respek Wanita)'

Dalam persekitaran kerja kita sebenarnya selalu berlaku gangguan seksual samada kita sedar atau tidak. Ramai yang menyangka bahwa gangguan seksual itu berlaku bila terjadinya sentuhan atau terungkapnya kata2 lucah. Tapi sedarkah kita setiap perbuatan yang melambangkan satu aksi lucah walau dengan tujuan gurauan pun boleh dikatakan sebagai Gangguan Seksual....

Apa itu Gangguan Seksual

Definisi Perundangan menyatakan: Unwelmcome verbal, visual or physical conduct of sexual nature that is severe or pervasive and affects working conditions or creates a hostile work environment

Manakala menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Zaiton, 1990) Segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual


Siapa MANGSA Gangguan Seksual

Lelaki dan wanita. YA.. Lelaki pun sama menghadapi gangguan seksual. Gangguan seksual ini bukan hanya berlaku antara lelaki kepada perempuan dan sebaliknya, malahan lelaki terhadap lelaki @ wanita terhadap wanita bilamana individu ini mempunyai kecenderungan seks songsang.


Bagaimana Gangguan Seksual ini berlaku

Sentuhan, pertuturan dalam gurauan setiap hari pasti akan ada selitan gangguan seksual ini. Tidak percaya, perhatikan persekitaran pejabat anda setiap hari. Pasti ada walau sekali. Eh mana ada, si polan tu bergurau aje lah. Takkan sensitif kot. Dia memang macam tu.. suka pegang2 - Dialog seperti ni, biasa tak dengar?.... Ada kan... Sebab dialog sebegini kita tidak dapat meneruskan niat kita untuk mengambil tindakan. Sebab si polan hanya BERGURAU dan takut kita pula dilabel sebagai pengadu.

Keadaan ini berlaku hampir setiap masa. Namun begitu selagi kita sebagai individu yang diganggu 'meluluskan' setiap perbuatan / gangguan itu, ia tetap tidak akan dipanggil sebagai Gangguan Seksual. Individu yang melakukan gangguan ini akan sentiasa mengatakan ianya hanya gurauan dikalangan rakan-rakan sepejabat.

Setiap hari kita sebenarnya menjadi mangsa kepada perbuatan yang tidak bermoral ini. Namun demikian amat kurang sekali aduan berkenaan dengan gangguan seksual ini ekoran persekitaran dan budaya masyarakat kita yang terlalu menerapkan perasaan MALU. Dengan erti kata lain, Malu yang tidak bertempat.

Sehingga hari ini, negara kita tidak mempunyai kod undang-undang yang berkuat kuasa membabitkan gangguan seksual secara khusus. Apa yang ada hanyalah Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan pada 1999 atau disebut sebagai Kod Amalan. Kod Amalan ini bertujuan memberi garis panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisme dalaman pada peringkat organisasi bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja.

Kesan Gangguan Seksual
  • Kerjaya. Mangsa cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri unutk hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja, kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah matlamat kerjaya.

  • Fisiologi. Dari aspek ini, mangsa mungkin mempamerkan gejala-gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan kerana bimbang dan terlalu banyak berfikir.

  • Malu. Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa ingin mengasingkan diri dari pergaulan. Perasaan ini timbul akibat rasa rendah diri kerana menjadi mangsa gangguan seksual, sehingga merasa tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan-rakan sepejabatnya.

  • Ketakutan dan Curiga. Perasaan takut dan curiga merupakan kesan emosi yang sering dialami mangsa. Perasaan ini muncal dalam bentuk takut kepada orang tertentu, bentuk tubuh tertentu dan tempat tertentu. Selain itu, mangsa sering menjadi ‘paranoid’ kepada orang tertentu, orang asing yang tidak dikenalinya serta tempat asing yan belum pernah dikunjunginya.

  • Trauma. Kesan mental pula adalah kerana pernah mengalami peristiwa yang sangat menyakitkan, menyedihkan dan berat bagi diri mangsa. Justeru itu, mangsa sukar untuk melupakan peristiwa tersebut dan mengalami gangguan ketenangan, penumpuan dan kestabilan mental sehingga dapat menggangu akviti sehariannya

Terlalu banyak ungkapan, ulasan berkenaan dengan Gangguan Seksual ini. Well, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan akan mengadakan Kempen Kesedaran - Program Wanita Anti Jenayah - Respek Wanita 'Gangguan Seksual'. Kupasan dari pihak PDRM, EN Airol Irwan Limin dan En Alexsander akan betebaran menjadi halwa minda audiens. Menarik lagi bilan Master Saiful akan mengajar tentang 'pertahanan diri dari diganggu'.. Menarik... Cant wait the DAY...

Sementara itu, sy & team PPWNS lah yg tekeja sana sini... Tapi its ok.. We HAVE FUN being together.... LOVE my JOB

Nukilan
NFN

Derapan Perjalanan Insan


Perubahan
satu derapan langkah diatur
satu ungkapan minda dicatur
satu nekad untuk bertempur

Perjalanan
Langkah santun berderap
Mencari hidup yang belum tersingkap
Harapan menanti akan digarap

Liku
Tersadung jatuh menerpa wajah
Raungan perit tidak terkata
Mencari maksud jauh diminda

Akhir
Andai tiba di satu jalan
putus kata jiwa tersimpan
Nekad jiwa menyinar depan

Nukilan
NFN

Pekeliling Kenaikan Gaji pada 1 Julai 2013

Rakan2 semua, start 1 julai gaji naik... pekeliling dh kuar... Cer refer link kat bwh ni...

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp052013.pdf



Sharing is Caring
NFN

Sunday, 16 June 2013

Rentetan Minda

Banyak mata yang berjaga malam, banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi.

Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh mendorongmu hilang kewarasan.

Kelmarin, Tuhan telah membantumu. Percayalah esok Dia masih akan tetap menolongmu. Bersangka baiklah kepada Allah.

-Imam as-Syafi’e rahimahullah


Happy Father's Day

What Is A Dad?

A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...



Happy Father's Day Daddy, Ayah

Nukilan;
NFN