Siapa wanita yang berada di samping YB Datuk Rohani Abdul Karim dalam menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ramai yang tidak mengenali keperibadian wanita yang penuh dengan kelembutan secara lahiriahnya namun memiliki kekentalan jiwa dalam visi memperjuangkan kebajikan rakyat.
Azizah Mohd Dun dilahirkan pada 4 November 1960 di Beaufort Sabah. Anak kepada salah satu tokoh politik di Sabah Datuk Haji Mohd Dun Banir yng pernah menjadi wakil rakyat di Lumadan dan menjadi pemimpin masyarakat di daerah Beaufort.
Datuk Hjh Azizah Mohd Dun memulakan sesi pendidikan beliau di SRK Mempagar dan kemudian ke peringkat sekolah menengah di St Paul Secondary School, lulus di Tingkatan 3 dan meneruskan pendidikan di Maktab Sabah sehingga ke Tingkatan 6. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran peringkat A Level di England dan kemudian mengikuti pengajian undang-undang sehingga dianugerahkan Bachelor in Law sebelum ditauliahkan sebagai peguam di Lincoln Inn's England.
Datuk Azizah merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai majistret pada tahun 1981 hingga 1984 sekembalinya ke Sabah. Menceburkan bidang dalam arena politik dan menang bagi kerusi DUN Klias pada tahun 1985. Pada tahun 2004, beliau sekali lagi bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Tahun 2008, beliau bertanding pula di DUN Klias dan menang kemudian dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna di Sabah. Tahun 2013, beliau sekali lagi bertanding dan memenangi kerusi Parlimen lantas dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mendirikan rumahtangga bersama dengan ahli korporat Tuan Haji PAiman Abdul Karim dan dikurniakan 2 orang anak yang sentiasa memahami tugas beliau sebagai pemimpin. Menjadikan ejekan kawan2 semasa kecil sebagai satu cabaran dalam hidup Datuk Azizah, dengan memegang falsafah Let's make DIFFERENT kini beliau mampu berdiri sebagai seorang pemimpin yang disayangi dikalangan rakyat khasnya di Beaufort, Sabah.
* Rujukan Internet
Note: Datuk Hjh Azizah Mohd Dun akan merasmikan penutupan Program Wanita Anti Jenayah - Respek Wanita (Gangguan Seksual) yang akan diadakan di TAFE College, Seremban pada 20 Jun 2013.
Nukilan;
NFN
No comments:
Post a Comment