Tuesday, 18 June 2013

Fidolifia - Penyakit Psikologi yang merbahaya

Sejak kebelakangan ini, saya kerap add friend dari kalangan budak2 sekolah samada sekolah rendah mahupan menengah... most adalah bawah 15 tahun... Surprise2 budak sekolah rendah ramai dah ada facebook sendiri, twitter sendiri dan ada juga keek sendiri... Hebat2... Budak2 zaman sekarang amat terdedah dengan gadget yang serba serbi terkini... Saya pula terasa agak ketinggalan... heheheh

Bila diperhatikan, ramai budak2 ni comel2 belaka, buat muka cute, buat aksi gwiyomi, duck face... mcm2 lah.. aksi ketawa nakal... Bagi saya comel... anda pula bagaimana?... Tapi jauh disudut hati ada terdetik, budak2 ni tak takut ke dengan penjenayah diluar sana?... Mungkin sy terlalu dipengaruhi oleh rancangan tv, CSI, Criminal Mind.. tp jenayah fidofilia tu kan wujud... well kita pun doa lah agar benda2 mcm ni tak blaku kan...

Tapi hari ini,sedang mbelek paper Sinar Harian ternampak taju BUDAK GAYA MANJA RISIKO JENAYAH terus menerus baca.. Thats it... memang itu lah isunya... Fidofilia...

Apa itu Fidofilia??.

Lebih dikenali sebagai Pesakit Fidolifia yg merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah psikologi serta kecenderungan melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak dan golongan ini biasanya bertindak kejam terhadap mangsa bagi mencapai kepuasan. - Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor (Pakar Psikologi Perkembangan pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya).

Pengidap penyakit ini bukan hanya 'tergoda' dengan tubuh badan kanak-kanak berkenaan, tetapi melihat pada gerak bibir, mimik muka, gaya dan celoteh kanak2. Bahaya kan. TApi itu lah aksi yang kelihatan di laman facebook saban hari... Pagi pose dr atas ngan muncung ala2 cute, petang plak bg jelingan manja.. terlalu banyak pendedahan gambar2 sebegini dilakukan oleh kanak2 zaman sekarang.

Menurut Assistant Komisioner Hamidah Yunos dari D11 Polis DiRaja Malaysia, sehingga kini Malaysia belum menerima sebarang kes fidofilia ini meskipun ada beberapa kes rogol dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan.

Namun demikian, ini tidak bermakna yang pesakit fidofilia ini tidak ada. Mereka sentiasa ada disekeliling kita tanpa kita sedar. Melihat dari jauh dan apa yang kita takuti 1 hari nanti mereka ini muncul dan mnyerang kanak2 kita.... Itu satu senario yang patut dihindarkan, dijauhi... Dan untuk sekian kalinya ibu bapa diminta untuk memantau anak2 dalam menggunakan laman sosial ini. Memang admin facebook ini menghadkan pengguna laman ini 14 tahun ke atas, namun demikian acces yang mudah ini memudahkan kanak2 untuk memalsukan usia masing2...

Pemantauan perlu ada. Walau dimana pun kita berada. Kanak2 perlu menikmati keperluan mereka dengan selamat dan penuh dengan kegembiraan. Adalah tanggungjawab kita bersama dalam mengelakkan perkara sebegini agar tidka berlaku....

Nukilan
NFN

 
 
 


No comments:

Post a Comment