Apa itu Gangguan Seksual
Definisi Perundangan menyatakan: Unwelmcome verbal, visual or physical conduct of sexual nature that is severe or pervasive and affects working conditions or creates a hostile work environment
Manakala menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Zaiton, 1990) Segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual
Siapa MANGSA Gangguan Seksual
Lelaki dan wanita. YA.. Lelaki pun sama menghadapi gangguan seksual. Gangguan seksual ini bukan hanya berlaku antara lelaki kepada perempuan dan sebaliknya, malahan lelaki terhadap lelaki @ wanita terhadap wanita bilamana individu ini mempunyai kecenderungan seks songsang.
Bagaimana Gangguan Seksual ini berlaku
Sentuhan, pertuturan dalam gurauan setiap hari pasti akan ada selitan gangguan seksual ini. Tidak percaya, perhatikan persekitaran pejabat anda setiap hari. Pasti ada walau sekali. Eh mana ada, si polan tu bergurau aje lah. Takkan sensitif kot. Dia memang macam tu.. suka pegang2 - Dialog seperti ni, biasa tak dengar?.... Ada kan... Sebab dialog sebegini kita tidak dapat meneruskan niat kita untuk mengambil tindakan. Sebab si polan hanya BERGURAU dan takut kita pula dilabel sebagai pengadu.
Keadaan ini berlaku hampir setiap masa. Namun begitu selagi kita sebagai individu yang diganggu 'meluluskan' setiap perbuatan / gangguan itu, ia tetap tidak akan dipanggil sebagai Gangguan Seksual. Individu yang melakukan gangguan ini akan sentiasa mengatakan ianya hanya gurauan dikalangan rakan-rakan sepejabat.
Setiap hari kita sebenarnya menjadi mangsa kepada perbuatan yang tidak bermoral ini. Namun demikian amat kurang sekali aduan berkenaan dengan gangguan seksual ini ekoran persekitaran dan budaya masyarakat kita yang terlalu menerapkan perasaan MALU. Dengan erti kata lain, Malu yang tidak bertempat.
Sehingga hari ini, negara kita tidak mempunyai kod undang-undang yang berkuat kuasa membabitkan gangguan seksual secara khusus. Apa yang ada hanyalah Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan pada 1999 atau disebut sebagai Kod Amalan. Kod Amalan ini bertujuan memberi garis panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisme dalaman pada peringkat organisasi bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja.
Kesan Gangguan Seksual
- Kerjaya. Mangsa cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri unutk hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja, kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah matlamat kerjaya.
- Fisiologi. Dari aspek ini, mangsa mungkin mempamerkan gejala-gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan kerana bimbang dan terlalu banyak berfikir.
- Malu. Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa ingin mengasingkan diri dari pergaulan. Perasaan ini timbul akibat rasa rendah diri kerana menjadi mangsa gangguan seksual, sehingga merasa tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan-rakan sepejabatnya.
- Ketakutan dan Curiga. Perasaan takut dan curiga merupakan kesan emosi yang sering dialami mangsa. Perasaan ini muncal dalam bentuk takut kepada orang tertentu, bentuk tubuh tertentu dan tempat tertentu. Selain itu, mangsa sering menjadi ‘paranoid’ kepada orang tertentu, orang asing yang tidak dikenalinya serta tempat asing yan belum pernah dikunjunginya.
- Trauma. Kesan mental pula adalah kerana pernah mengalami peristiwa yang sangat menyakitkan, menyedihkan dan berat bagi diri mangsa. Justeru itu, mangsa sukar untuk melupakan peristiwa tersebut dan mengalami gangguan ketenangan, penumpuan dan kestabilan mental sehingga dapat menggangu akviti sehariannya
Terlalu banyak ungkapan, ulasan berkenaan dengan Gangguan Seksual ini. Well, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan akan mengadakan Kempen Kesedaran - Program Wanita Anti Jenayah - Respek Wanita 'Gangguan Seksual'. Kupasan dari pihak PDRM, EN Airol Irwan Limin dan En Alexsander akan betebaran menjadi halwa minda audiens. Menarik lagi bilan Master Saiful akan mengajar tentang 'pertahanan diri dari diganggu'.. Menarik... Cant wait the DAY...
Sementara itu, sy & team PPWNS lah yg tekeja sana sini... Tapi its ok.. We HAVE FUN being together.... LOVE my JOB
Nukilan
NFN
No comments:
Post a Comment