Wanita dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan pincanglah lagu, pincanglah irama. Begitlah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan. Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Sebagai wanita, kita akan lebih terkejut jika ada wanita yang tidak memberikan perhatian terhadap kecantikan mereka dan sangat terkejut jika ada wanita yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mencantikkan diri. Kecantikan adalah salah satu antara kuasa wanita selain kelembutan dan sifat keibuan wanita. Lelaki mana yang tidak tertarik dengan wanita cantik. Tanyalah mana-mana lelaki, sudah pasti jawapannya jelas dan spesifik. Mereka sukakan wanita memiliki 4C iaitu CANTIK, CERIA, CERGAS DAN CERDIK. Kerana itulah sebenarnya yang dikatakan cantik luar dan cantik dalam yang merangkumi aspek mental, fizikal, sosial dan spiritual.
Mengapa wanita obses dan sukakan kecantikan sampai sanggup berhabis duit untuk cantik?.. Ada yang hendak cantik dengan sanggup melakukan pelbagai cara 7S: SUSUK yang dimasukkan kedalam badan; SUNTIK pada bahagian yang boleh mempertingkatkan keyakinan diri wanita iaitu kawasan 5P - Pinggang, punggung, perut, pipi dan payu dara; SENAM habis-habisan; SEKAT makan hingga kurang makan; SAPU krim putih muka dan kawal jeragat, jerawat; SENTAL badan untuk buang daki badan dan cerah kulit dan SURGERI kosmetik pada muka dan seluruh badan.
Semua usaha 7S sanggup dilakukan bagi wanita yang obses untuk cantik dan ada akses untuk menjayakannya, tapi soal fulus perlulah difikirkan dengan tulus! Kerana nak cantik, kosnya juga bukan sedikit, duit yang membukit, lama-lama jadi sakit kerana kuat cari duit tapi semuanya wanita sanggup lakukan hanya kerana hendak CANTIK dan MENARIK, untuk menjadi perhatian dan anganan serta igauan kaum lelaki khususnya dan kecemburuan wanita lain yang menjadikan wanita cantik idola kerana kecantikan tubuh badan macam biola.
Mengapa wanita obses dan sanggup melakukan apa saja untuk cantik? Jawapannya terletak pada perkataan CANTIK itu sendiri. Cuba kita fahami satu persatu:
C - Cemerlangnya wanita itu sering dikaitkan dengan cantik dan intelek yang memiliki semua sifat wanita cemerlang, Cantik, Ceria, Cergas dan Cerdik
A - Aspirasi kepada kaum lelaki apabila berdampingan dan memiliki wanita cantik yang akan mempertingkatkan lagi semangat dan jati diri lelaki
N - Nilai-nilai positif wanita yang disenangi sepeerti sikap kemanjaan, kemesraan dan keibuan banyak dikaitkan dengan wanita cantik.
T - Takhluk dunia dengan kecantikan dan sejarah telah membuktikan dengan kecantikan Cleopatra telah melemahkan pahlawan ternama MArk Anthony, bagaimana Majunun menjadi gila kerana kecantikan Laila.
I - Inspirasi wanita cantik juga menjadi dambaan lelaki dan tidak dinafikan itu bagai penyalur idea dan ilham yang memberi inspirasi kepada lelaki. Wanita-wanita Malaysia yang cantik antaranya Norfazura menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk kekal cantik dan menarik
K - Kejayaan juga dikaitkan dengan kecantikan kerana wanita-wanita yang ternama dan berjaya ramai terdiri daripada wanita-wanita cantik, menarik dan bergaya.
Dengan tagline Beauty Is The Sign of Success menjadikan wanita sanggup beratur inline dan online untuk membeli kosmetik untuk cantik. Hingga wang mereka pun offline!!
:)
NFN
In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away
Thursday, 29 December 2011
Wednesday, 28 December 2011
Tanda tanyaaaaaa
Berlaku dalam 1 situasi untuk me'lobi' sesebuah organisasi agar terus bekerja dengan memberikan satu kemudahan yang secara tidak langsung memberi impak yang negatif untuk satu jangka masa yang panjang. Tanpa mengira ia sebenarnya hanya akan menimbulkan pelbagai lagi kesan yang tidak baik terhadap kendiri individu yang terbabit. Sampai bila kah mentaliti masyarakat ini harus dibiarkan dengan sogokan yang sebenarnya lebih menyusahkan daripada menyenangkan. Dan masyarakat juga, sampai bilakah terus menerus mengharapkan sesuatu imbuhan yang sebenarnya bukan menjadi hak kita sama sekali. Kenapa tidak mahu berusaha dan berdaya fikir, berdaya maju dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki?.. terlalu memualkan bila mana situasi ini yang ditentang tapi situasi ini jugalah yang berlaku dihadapan mata malah situasi ini jugalah yang difikirkan sebagai satu solusi bagi memuaskan semua pihak. Lucu kan?...
Hanya olahan pendapat peribadi.... :)
Nukilan
NFN
Hanya olahan pendapat peribadi.... :)
Nukilan
NFN
Roman By ROMAN Ft KILAFAIRY (Ost Drama Tihany) Fast Version
Sangat menyukai lagu ni... SOMETHING in this song....
bila terasa deras jantungku
terisi dgn nada-nada yg resah
meyakinkanku adanya cinta
tapi tak pernah terang
sedangkan diriku semakin menjauh
dan mula melupakanmu
tersedar aku dalam pelukan
kekasih tak pernah ku impikan
cerita kita menghilang jauh
hanya menjadi sirna huuu…
masihkah dirimu mendiamkan cinta
percaya kepadaku
cinta
usah kau ragu
ia kan selalu menemanimu
biar kan ia bertamu
cinta…
ku tiada ganti hilang ….tanpa kau sedari
cinta…ku hanya untuk kamu
maafkan aku tak seperti yg kamu inginkan
melepaskan mu saat kau memerlukan
hapuskan hiba dihadapanku
ku masih menanti kehadiranmu
dapatkah melawan getarannya
cinta…..
CINTA :)
“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”
Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.
Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.
Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan
Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,
Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.
Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.
Pernikahan adalah permulaan cinta. Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!

“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.
Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.
Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.
Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.
Pernikahan adalah permulaan cinta. Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!
Tuesday, 27 December 2011
Selangkah ke hadapan...
Lama rasanya tidak update blog ni kan... Heheh baru balik dari berkursus, bercuti, out station dan mcm2 lagi... hehehe... Puas bercuti?.. rasanya tidak... terlalu banyak kejadian dan juga perlakuan manusia yang semakin lama semakin jelas kelihatan di mata kasar... mata halus?.. masih terus diselami sedikit demi sedikit...
Tahun 2011 semakin hampir di penghujung, 2012 semakin hampir merapati setiap insan di dunia ni... Tercapaikah hasrat masing2 di tahun 2011? rasanya ada tercapai, ada yang merasa masih jauh lagi sesuatu kisah yang perlu digapai... as fr me?.. well separuh, Alhamdulillah... suda tercapai.. separuh lagi.. masih menunggu satu masa yang sesuai.. Azam baru? mengapa perlu ada azam baru sekiranya azam yang lepas masih belum tercapai lagi?.. pelikkan manusia, suka sangat buat kerja separuh jalan... Tahun ni ingin memantapkan lagi perancangan hidup agar lebih stabil.. stabil dari segi emosi, kewangan dan ketenangan hidup.. zahir dan batin.. dunia dan akhirat...
Harap tahun ni tiadalah yang bertanyakan soalan.. Bila nak akhir zaman bujang??.. ngeeeeee sy tidak ada jawapan untuk soalan ini yer.. sbb sy merancang, Allah juga yang menentukan... Siapa yg tidak mahu hidup bersama keluarga sendiri kan... bersama insan tersayang dan anak2 sekiranya ada rezeki... cuma mungkin sy tidak dicipta untuk mengecapi kebahagiaan ini... Tidak apa lah.. sekarang hanya perlu fokus dan terus merancang agar berjaya dalam kehidupan dan senang di masa hadapan... :)
Rasa ini je lah untuk hari ni... Insya Allah ada masa lain update la pula kan.. itu pun kalo ada menapak di pejabat.. kalau out station, tak dapek ler eden nolong nyer.... Just be yourself and be happy for what ever u get for now.... Be thankful to Allah for all opportunity given... As we more lucky than the others... :)
Nukilan rasa

Friday, 2 December 2011
Terungkai..
Dalam jam 11pm semalam seorg sahabat yg setia mbantu call n i managed to talk wif sum1 yg aku respect.. Setelah clarify everything.. maka jelaslah ada miss communication disitu.. i feel so glad sbb she didnt involved at all... But now focus ngan manusia durjana yg cuba untuk merosakkan reputasi org lain.. next step dude...
Thursday, 1 December 2011
Fitnah!!
Semalam aku dpt berita yang amat memilukan dan mnyakitkan hati aku... dituduh melakukan sesuatu yg langsung tidak terlintas dlm benak aku.. ape ke punya jadah hidupnyer manusia yg otak udang mcm ni... Cakap besar, loud n clear but no proof.. ni lah jenis manusia yg lupa diri n hilang akal.. bodoh, bebal n ntah lah.. kain sendiri tak tengo dh koyak rabak, dok asyik nak selak kain orang... Takkan selamat hidup ko manusia.... 1 sweet day u will see me... yes keep my word.. YOU WILL SEE ME!!!...
Grrrrrrrrrrrrrrrrr
Grrrrrrrrrrrrrrrrr
Subscribe to:
Posts (Atom)