Wednesday, 28 December 2011

CINTA :)

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.
Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan
Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,
“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)
Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.

Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.

Pernikahan adalah permulaan cinta. Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!

No comments:

Post a Comment