Berlaku dalam 1 situasi untuk me'lobi' sesebuah organisasi agar terus bekerja dengan memberikan satu kemudahan yang secara tidak langsung memberi impak yang negatif untuk satu jangka masa yang panjang. Tanpa mengira ia sebenarnya hanya akan menimbulkan pelbagai lagi kesan yang tidak baik terhadap kendiri individu yang terbabit. Sampai bila kah mentaliti masyarakat ini harus dibiarkan dengan sogokan yang sebenarnya lebih menyusahkan daripada menyenangkan. Dan masyarakat juga, sampai bilakah terus menerus mengharapkan sesuatu imbuhan yang sebenarnya bukan menjadi hak kita sama sekali. Kenapa tidak mahu berusaha dan berdaya fikir, berdaya maju dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki?.. terlalu memualkan bila mana situasi ini yang ditentang tapi situasi ini jugalah yang berlaku dihadapan mata malah situasi ini jugalah yang difikirkan sebagai satu solusi bagi memuaskan semua pihak. Lucu kan?...
Hanya olahan pendapat peribadi.... :)
Nukilan
NFN
No comments:
Post a Comment