Wanita dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan pincanglah lagu, pincanglah irama. Begitlah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan. Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Sebagai wanita, kita akan lebih terkejut jika ada wanita yang tidak memberikan perhatian terhadap kecantikan mereka dan sangat terkejut jika ada wanita yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mencantikkan diri. Kecantikan adalah salah satu antara kuasa wanita selain kelembutan dan sifat keibuan wanita. Lelaki mana yang tidak tertarik dengan wanita cantik. Tanyalah mana-mana lelaki, sudah pasti jawapannya jelas dan spesifik. Mereka sukakan wanita memiliki 4C iaitu CANTIK, CERIA, CERGAS DAN CERDIK. Kerana itulah sebenarnya yang dikatakan cantik luar dan cantik dalam yang merangkumi aspek mental, fizikal, sosial dan spiritual.
Mengapa wanita obses dan sukakan kecantikan sampai sanggup berhabis duit untuk cantik?.. Ada yang hendak cantik dengan sanggup melakukan pelbagai cara 7S: SUSUK yang dimasukkan kedalam badan; SUNTIK pada bahagian yang boleh mempertingkatkan keyakinan diri wanita iaitu kawasan 5P - Pinggang, punggung, perut, pipi dan payu dara; SENAM habis-habisan; SEKAT makan hingga kurang makan; SAPU krim putih muka dan kawal jeragat, jerawat; SENTAL badan untuk buang daki badan dan cerah kulit dan SURGERI kosmetik pada muka dan seluruh badan.
Semua usaha 7S sanggup dilakukan bagi wanita yang obses untuk cantik dan ada akses untuk menjayakannya, tapi soal fulus perlulah difikirkan dengan tulus! Kerana nak cantik, kosnya juga bukan sedikit, duit yang membukit, lama-lama jadi sakit kerana kuat cari duit tapi semuanya wanita sanggup lakukan hanya kerana hendak CANTIK dan MENARIK, untuk menjadi perhatian dan anganan serta igauan kaum lelaki khususnya dan kecemburuan wanita lain yang menjadikan wanita cantik idola kerana kecantikan tubuh badan macam biola.
Mengapa wanita obses dan sanggup melakukan apa saja untuk cantik? Jawapannya terletak pada perkataan CANTIK itu sendiri. Cuba kita fahami satu persatu:
C - Cemerlangnya wanita itu sering dikaitkan dengan cantik dan intelek yang memiliki semua sifat wanita cemerlang, Cantik, Ceria, Cergas dan Cerdik
A - Aspirasi kepada kaum lelaki apabila berdampingan dan memiliki wanita cantik yang akan mempertingkatkan lagi semangat dan jati diri lelaki
N - Nilai-nilai positif wanita yang disenangi sepeerti sikap kemanjaan, kemesraan dan keibuan banyak dikaitkan dengan wanita cantik.
T - Takhluk dunia dengan kecantikan dan sejarah telah membuktikan dengan kecantikan Cleopatra telah melemahkan pahlawan ternama MArk Anthony, bagaimana Majunun menjadi gila kerana kecantikan Laila.
I - Inspirasi wanita cantik juga menjadi dambaan lelaki dan tidak dinafikan itu bagai penyalur idea dan ilham yang memberi inspirasi kepada lelaki. Wanita-wanita Malaysia yang cantik antaranya Norfazura menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk kekal cantik dan menarik
K - Kejayaan juga dikaitkan dengan kecantikan kerana wanita-wanita yang ternama dan berjaya ramai terdiri daripada wanita-wanita cantik, menarik dan bergaya.
Dengan tagline Beauty Is The Sign of Success menjadikan wanita sanggup beratur inline dan online untuk membeli kosmetik untuk cantik. Hingga wang mereka pun offline!!
:)
NFN
No comments:
Post a Comment