"Mencintai aku dengan seadanya.. Sanggup menerima insan tak sempurna atau mungkin cinta sebegitu hanya Kisah Dongeng saja..."
Tetiba hari rasa mau berkata soal CINTA.... kisah cinta aku???.. bukan sesuatu yang membanggakan atau membahagiakan. Tapi tidak pernah menyesal untuk mengenali dia, dia dan dia.... Semua mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Semua memberikan kasih sayang dengan cara yang cara yang amat berbeza kerana masing-masing berada dalam situasi yang amat amat berbeza.
Dulu pernah berkasih dengan lelaki yang berlainan pegangan hidup. Dia sangat baik dan ambil berat. Tapi terpisah setelah 10 tahun bersama ekoran keenganan diri masing-masing utk bertukar pegangan hidup sedari lahir. Keserasian semua dah cukup perfect tapi apa kan daya jodoh x ada dan terpisah dalam satu keadaan yang amat memedihkan.
Kemudian ditemukan dengan seorang lelaki yang matang tapi terpisah juga sebab kesukaran untuk memberikan komitmen dalam perhubungan. Kesamaan ada tapi kesediaan untuk bersama itu sangat jauh dari pandangan dia. Dalam minta masih ingin sosial dan enjoy. x daya untuk menghalang dan biarlah mengundur diri demi kebaikan bersama....
Kini... hati memang telah terisi dengan seorang insan yang bergelar lelaki.. tapi.. entahlah..sukar untuk digambarkan perhubungan ini. Jarak jauh dan sangat memeritkan. Kata janji dan harapan seringkali diberikan akan tetapi untuk melaksanakan itu entah mungkin entah tidak. Untuk aku terus mengharap agar semua kata-kata itu dikotakan adalah terlalu jauh. Pengalaman lalu dalam sebuah perhubungan membuatkan aku menjadi prejudis dan takut.
Adakah aku akan terus mengharap??? aku sendiri tidak mempunyai sebarang jawapan untuk itu. Dan apa yang aku lakukan kini hanya menjalani kehidupan aku seadanya. Aku redha dengan ketentuan Ilahi andainya ini lah takdir yang DIA tentukan untuk aku. Bohonglah aku sekiranya aku kata aku ok melihat kebahagian rakan-rakan aku yang lain. Aku juga mahu mengecapi kebahagiaan yang sama. Tapi kini aku hanya mampu berserah kepada-NYA... sesungguhnya dia yang lebih mengetahui.
Nukilanku
NFN
my feveret song!
ReplyDelete