Tercetus di minda tatkala membaca post2 dari member2 di FB pagi ni. Masing2 mencurahkan rasa kekesalan kerana tidak dihargai oleh pihak atasan atas semua usaha yang dilakukan oleh mereka. Bertungkus lumus bagi memastikan segala perancangan mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan most of all.. they want all the 'BOSS' proud wif them. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jangan kan pandang, jeling pun tidak. Waaaaaa hebat sangat kah ko duhai manusia sehingga tidak mampu mendongak melihat hasil usaha anak2 buah yang mahu 'membantu' kau selama dan akan datang ini??...
Adat manusia sememangnya begitu kan. BIla ada tidak di hargai. Hanya mulai tercari2 tatkala kehilangan dan tidak kelihatan. Wahai manusia.... beringat sebelum terkena, sebelum terjadi. Apalah salahnya kita menghargai usaha kakitangan kita dalam memastikan setiap yang direncana berjalan dengan lancar. Aku percaya mereka tidak mahu wang ringgit sebab drg pun ada. Yang mereka minta hanya satu perkataan yang mampu menaikkan semangat mereka dalam terus dan terus melakukan tugasan mereka dengan sebaiknya. Apalah salah just say I am proud with you adakah kurang duit di dompet seandainya anda meluahkan kata2 itu? luak kah baju anda?.. hilangkah harta anda dengan berkata sedemikian.
Jangan lah terlalu leka dan lupa tatkala berada di atas wahai BOSS... janganlah mendongak keterlaluan sangat sehingga lupa untuk melihat ke bawah..ke rumput yang dipijak... Beringat lah selalu. Tak guna penuhi 5 waktu wajib tu kalo hati dan perasaan itu dipenuhi dengan sifat2 negatif. Ikhlas dan hargai lah mereka selagi ada, sempat... mereka mampu membantu anda untuk bersama-sama memastikan segala tugasan dan amanah dilaksanakan dengan jayanya... Sesekali tengolah keadaan mereka... jangan asyik nak ampu orang atasan anda sehingga lupa yang orang bawahan juga memainkan peranan.
* Peringatan untuk diri sendiri.....
Nukilanku
NFN
No comments:
Post a Comment