Saturday, 13 August 2011

Bazaar Ramadhan

Alhamdulillah telah selamat sampai di Dengkil dan dh dating pun ngan my sweet little Riyadh Imtiyaz... yeayyy semakin comel dan pintar si kenit ni.. weeehuuuuu

Petang ni, pg Bazaar Ramadhan ngan adik n family.. wlau x sebesar maner...tp at least mnghilang rasa rindu bazaar di kl ni.. huhu dh terbiasa yo... hehehhe so td beli la putri mandi ngan cendol.. mantap dan sedapppp... hahha x rasa lgi tp imagine lebih.. mcm2 ada jual kat bazaar td tp x tau nk pilih yg mana.. dengan ayam golek nyer, roti john nye, kuih muih yg pelbagai.. meriah gitew u ols.... best gak la... telepas gian nak gi bazaar ramadhan yg pelbagai kan....

now at home oredi .. haruslah di dengkil kan... wakakaka adik ipar tengah masak ayam kurma kat dapur, aku plak tengah lepak depan lappy ni la buat apa2 yg patut kat blog ni... wakakakak rasa best plak nak blogging ni tp rasanya tak leh la selalu..... kalo selalu habis eden nanti x kejer la plak kan... heheheh apa2 pun kpd rakan sekalian selamat berbuka puasa yer...






Friday, 12 August 2011

Kasih Sayang KITA

Hampir 3 tahun aku mengenali 2 orang insan tercinta ini... dari hari pertama hingga ke saat ini nama mereka berdua tidak pernah terhapus walau sedetik... ditambah lagi kehadiran seorang 'orang kuat' dalam kisah kami bertiga.. bertambah ceria gamaknya....

Ketawa dan menangis sentiasa bersama... mereka bertiga ini lah yang selalu sahaja menyapa ku tanpa henti tatkala aku terleka atau tersungkur... walau mereka tahu itu sebenarnya adalah kesalahan ku namun sokongan dan kasih sayang mereka bertiga ini tidak pernah hilang sinarannya.. sentiasa mekar walau dikala mendung...

Aku sayang kalian.... kasih sayang kita, hanya kita yang tahu... hanya kita yang faham... dulu sentiasa bersama dan kini masing-masing terpisah jauh .. entah bila mungkin kita akan bersama seperti satu ketika dulu... Mudah2an masa itu akan tiba juga....

Thursday, 11 August 2011

Kisah Wanita Tragis

Hari ini, aku terima satu aduan berkaitan dengan penderaan yang dialami oleh seorang wanita daripada bekas suami yang juga seorang penagih dan pengedar dadah. Bekas suami tanpa segan silu datang menapak ke rumah wanita berkenaan dan tinggal dirumah tersebut sesuka hati, bukan itu sj, malahan wanita berkenaan disepak terajang. Disebabkan masalah ini, wanita tersebut telah mengalami trauma yang teruk, kehilangan pekerjaan dan paling memilukan hati, wanita ini tidak mempunyai wang walau sesen pun kerana telah diambil oleh bekas suami yang tidak bertanggungjawab.

Masya Allah... dimana kesedaran seorang insan yang bergelar lelaki... dimana maruah yang ada tatkala masih tetap menyerang seorang wanita yang juga adalh bekas isteri kpd sang suami tadi... Kenapa membiarkan diri dinodai dengan amalan durjana sehingga menyebabkan kehilangan sebuah keluarga yang pada mulanya dibina atas dasar kepercayaan dan keyakinan... malahan lahirnya permata hati hasil daripada cinta kasih suami isteri satu ketika dulu.... Kenapa perlu merosakkan semua keindahan yang sedia ada... Kenangkan lah bagi mereka yang sampai kini tidak mampu memiliki keindahan dalam berumahtangga. Tapi bagi mereka yang ada, dengan sewenangnya merosakkan tanpa memikirkan pengorbanan yang telah dibina satu ketika dulu...

Aduh... sedih melihat semua ini... sebal rasa dihati dengan kejadian ini... persoalan... kenapa kawin kalo pada dasarnya tidak mampu untuk mewarnakan kehidupan rumahtangga itu.. kenapa dera seorang wanita yang satu ketika dulu menjadi permaisuri di hati sang lelaki... kenapa? kenapa? kenapa????>>.....

Apa itu sayang.....

" Sya tk thu la tp yg smmgnya sya mmg syg dn rndu kat awk cma sya tk leh nk bktikn sbb kta jauh je....tk smistanya kta sllu sms org 2 tnda kta syg,kdg2 org yg rilek 2 yg sbnrnya awk kna mik thu lbh kat dia cnth nya sya hahahahahahahah " .....
 
Ini adalah jawapan yang diberi oleh seorang insan yang bertapak dihati ku dengan kukuhnya.... Apa aku rasa?... gembira sudah semestinya... terharu pun ada... dalam masa yang sama aku takut. Takut semua yang diimpikan, yang diharapkan tidak menjadi sebagaimana yang dirancang. Hanya mampu menadahkan tangan memohon kepada Maha Pencipta agar setiap yang dipinta dimakbulkan... Insya Allah... kemudian ada soalan seterusnya... BILA?... Langsung tak tahu bila agaknya masa dan saat itu akan tiba.. hanya mampu untuk menunggu disamping pelbagai usaha dilakukan agar apa yang diharap akan menjadi kenyataan...
 
Ya ALLAH.. aku memohon agar setiap yang diimpikan ini akan dimakbulkan... Insya Allah...
 
Truly me
NFN

Tuesday, 9 August 2011

Aku....

Dah sekian lama nak ada blog sendiri.. and finally aku dpt juga buat yer.. waaaa ader mase ke nak update blog ni?.. hehehe try je la kan......

Pejam celik pejam celik... waaa rupanya aku dah dekat 7 bulan bermastautin di Pulau Labuan ni. and until now still feel so empty... seolah-olah kehilangan life aku... aku jadi sangat2 down tapi masih sedaya upaya untuk terus berdiri teguh disini mengharungi pelbagai kisah manusia yang terlakar dan melakar dihadapan mataku. Banyak sesangat cerita dorang ni kannnn....

Now.. what i do just be myself as selama ini aku cuba menjadi orang lain semata-mata untuk memuaskan hati manusia lain.. aku mengharapkan adanya ketenangan dalam melayari kehidupan aku selagi masih berpeluang untuk bernafas... ok, will blog besok plak... hari ni try and error jer...