Hampir 3 tahun aku mengenali 2 orang insan tercinta ini... dari hari pertama hingga ke saat ini nama mereka berdua tidak pernah terhapus walau sedetik... ditambah lagi kehadiran seorang 'orang kuat' dalam kisah kami bertiga.. bertambah ceria gamaknya....
Ketawa dan menangis sentiasa bersama... mereka bertiga ini lah yang selalu sahaja menyapa ku tanpa henti tatkala aku terleka atau tersungkur... walau mereka tahu itu sebenarnya adalah kesalahan ku namun sokongan dan kasih sayang mereka bertiga ini tidak pernah hilang sinarannya.. sentiasa mekar walau dikala mendung...
Aku sayang kalian.... kasih sayang kita, hanya kita yang tahu... hanya kita yang faham... dulu sentiasa bersama dan kini masing-masing terpisah jauh .. entah bila mungkin kita akan bersama seperti satu ketika dulu... Mudah2an masa itu akan tiba juga....
No comments:
Post a Comment