Thursday, 11 August 2011

Kisah Wanita Tragis

Hari ini, aku terima satu aduan berkaitan dengan penderaan yang dialami oleh seorang wanita daripada bekas suami yang juga seorang penagih dan pengedar dadah. Bekas suami tanpa segan silu datang menapak ke rumah wanita berkenaan dan tinggal dirumah tersebut sesuka hati, bukan itu sj, malahan wanita berkenaan disepak terajang. Disebabkan masalah ini, wanita tersebut telah mengalami trauma yang teruk, kehilangan pekerjaan dan paling memilukan hati, wanita ini tidak mempunyai wang walau sesen pun kerana telah diambil oleh bekas suami yang tidak bertanggungjawab.

Masya Allah... dimana kesedaran seorang insan yang bergelar lelaki... dimana maruah yang ada tatkala masih tetap menyerang seorang wanita yang juga adalh bekas isteri kpd sang suami tadi... Kenapa membiarkan diri dinodai dengan amalan durjana sehingga menyebabkan kehilangan sebuah keluarga yang pada mulanya dibina atas dasar kepercayaan dan keyakinan... malahan lahirnya permata hati hasil daripada cinta kasih suami isteri satu ketika dulu.... Kenapa perlu merosakkan semua keindahan yang sedia ada... Kenangkan lah bagi mereka yang sampai kini tidak mampu memiliki keindahan dalam berumahtangga. Tapi bagi mereka yang ada, dengan sewenangnya merosakkan tanpa memikirkan pengorbanan yang telah dibina satu ketika dulu...

Aduh... sedih melihat semua ini... sebal rasa dihati dengan kejadian ini... persoalan... kenapa kawin kalo pada dasarnya tidak mampu untuk mewarnakan kehidupan rumahtangga itu.. kenapa dera seorang wanita yang satu ketika dulu menjadi permaisuri di hati sang lelaki... kenapa? kenapa? kenapa????>>.....

1 comment:

  1. biasala tu,belum dpt kemain janji manis sana sini.bila dah jadi hak mutlak tak dihargai pulak.hilang manis sewaktu bercinta

    ReplyDelete