Monday, 23 September 2013

Destinasi ILMU

Alhamdulillah... tepat jam 7am flight JL 724 berjaya mendarat dengan selamatnya.. Hehehhe ramai juga penumpang yang terbang bersama ke Jepun hari ini... Misi utama lepas keluar dari flight adalah ambil luggage dengan jayanya... Dengan bantuan taklimat dari wakil JICA a.k.a Shirley hari tu, berjaya juga lah sambil2 tu sebenarnya ikut rentak orang yang sekapal.. yelah for sure drg pun gi ambik barang kan kan kan... Hahahaha motif?....

Keluar dari flight terus menuju ke bahagian Imigresen ... dengan muka yang x semengah tu ambik lah gambar masa ketibaan sambil menyerah kan slip pemeriksaan imigresen yang diberi awal masa dalam flight lagi... tekan2 jari, ambik2 gambar.. terus menuju ke tempat ambik barang. selesai ambik barang, lalu kastam plak... Alhamdulillah selamat lah juga lalu kastam tu.... lepas tu ada org pegang tag JICA.. heheh aku apa lagi senyum2 la kononnya kpd drg .. so drg bw ke kaunter JICA .. dari situ gi ambik teksi terus ke Tsukuba...

Sepanjang perjalanan menuju ke Tsukuba sangat tenang dan penuh dengan sopan santun.... Pemandu teksi, bawa tak lebih dari 60 km/jam..... slow kan... fuhhh bersih nya laaa Jepun ni... kalau Malaysia mcm ni kan bagus.. tenang mata memandang... setiba di JICA centre, register di kaunter then bagi kunci bilik.. bilik dia sangat comel... hahah suka la bilik ni....

Hari ini dapat bkenalan dengan 3 orang peserta dari Malaysia dan sorang dari Indonesia... rasa tenang dan best sbb ada juga kawan akhirnya... makan pun pg sama2.. Alhamdulillah.. syukur... mcm2 tips yang drg share ngan sy... Esok akan bermulanya cabaran yang sebenar... ada sesi orientasi.. Fuh.,.. yg tahu ada 8 orang, tak taulah kalau2 ada penambahan kan... Apa2 pun doakan yang terbaik untuk saya k...

Nukilan
NFN

Thursday, 19 September 2013

My Journey BEGIN...

Baru2 ni menerima satu tawaran yang sangat2 menggembirakan hati nurani... Hahahah nurani lah sangat... Dapat offer dari pihak JICA (Japan International Cooperation Agency) untuk menjalankan latihan intensif selama 6 bulan... Dalam 6 bulan ni yang best tang Preparatory Program.. which is... sy akan dihantar ke Jepun untuk mengkaji dan mempelajari perihal wanita disana... By the way, training sy adalah Empowerment of Rural Women... Interesting hahhhh.... Sekarang ni dalam persediaan untuk Inception Report yang akan dibentang dihadapan panel di Jepun pada 26 Sept nanti.. Wish me luck korang... huhuhu  terasa agak stress sikit tapi akan diusahakan apa2 yang perlu. Leaving this Sunday and pray for me k... :)


Love
NFN

Sunday, 30 June 2013

Tembikar Pecah...

Kurang dari 24 jam kita melihat Permainan Bola yang hebat antara Kelantan vs Johor dan kemenangan menyebelahi kepada pasukan The Red Warrior.. Gomo Kelate Gomo... yessss oppssss ye ye sy sokong Kelantan... :) apa pun tahniah kepada pasukan Johor juga kerana bermain dengan baik dan cemerlang....
 
Melihat kepada secara keseluruhan, sy lebh berminat untuk meninjau kepada kelibat penyokong bagi kedua2 pasukan semalam... sangat meriah dan sporting, walau ada kecacatan di bahagian pengakhiran game semalam... nyalaan mercun dan suar bagi sy amat mengganggu dan membahayakan kepada orang ramai. Apatah lagi ia dinyalakan di tempat yang sememangnya RAMAI orang... sy ulangi RAMAI ORANG... tapi bila mana nafsu menguasai akal... apa yang dibuat pun main redah je kan...
 
Melihat kepada konteks masyarakat kita yang berbilang kaum, bangsa dan agama.... acapkali halwa telinga kita ditiupkan dengan kata2 beradab, didikan kesopana dan saling menghormati sesama manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat amnya... Hormat menghormati apatah lagi kepada golongan yang lebih tua daripada kita... Namun demikian, kini segala kebaikan, kesederhanaan, kesopanan bukan lagi sebagai tunjang utama dalam menjalani kehidupan harian... Iya menjadi satu pilihan bagi tindak tanduk sebahagian ahli masyarakat. Amat menyedihkan....
 
Wahab Munabin pernah mengingatkan adab dan akhlak yang buruk seumpama Tembikar Pecah, walau mcm mana usaha kita untuk mencantumkan semula tetap tidak akan dapat digunakan lagi.. Perlukah kita menghancurkan adab dan kesopanan kita semata2 untuk mengejar keseronokan duniawi yang kita sedia maklum akan berakhir dengan kekecewaan. Sebagai mana kita mencuba yang terbaik dalam mencantumkan tembikar yang rosak, pasti akan berkecai juga dan akan dibuang sebab sudah tidak berguna lagi. Jangan sampai perumpamaan ini menjadi kenyataan dalam masyarakat kita. Jangan sampai masyarakat kita tidak lagi dilitupi dengan hidup yang beradab dan bersusila.
 
Kejadian semalam hanyalah 1% dalam perlakuan manusia yang ada disekeliling kita... Masih banyak lagi perlakuan yang kurang menyenangkan berlaku... Kecurian, rompakan, rogol, rasuah, pembunuhan... terlalu banyak lagi perkara2 yang menakutkan sebenarnya. Kadang kala sy sendiri lebih rela untuk duduk diam dirumah tanpa mahu keluar... bukan kerana anti sosial, tapi kerana takut dan risau.... Semoga kita semua akan bersama2 dalam usaha memperbaiki kendiri... memperbaiki jiwa dan memperbaiki adab kesopanan yang telah menjadi satu warisan dalam masyarakat kita....
 
Mood hari ni nak makan makanan menu Kelantan.. sebab semalam dah menang.. hahahah nway, Happy weekend u ols...
 
 
Nukilan
NFN

Saturday, 29 June 2013

Bila Ber'program' di luar

Mnggu ni kitrang program kat Rembau... Kecantikan - Asas Solekan.. Kehadiran pserta seperti biasalah, jemput 30, 20 yg dtg... Kat lokasi ni lah agak azab nak cari peserta... Tempat2 lain ok je. Tapi apa2 pun peserta enjoy with the program. At lest dpt bkongsi serba sedikit kemahiran yang ada.. Kitrang pun ikutlah sekali.. tp sy tak.. meng'offre' diri untuk jadi model yg diconteng2 muka... hahahah dekat sejam juga lah.. perghhh lenguh der... so salute pada pengantin2 artis2 yg mekap smpai 2-3 jam... ada yg berjam2 pun... fuhhh hebat...

Puan Hamsyidar, Tenaga pengajar yang hebat...




Terasa foundation tu berbotol2 kat muka... huhuhu

Ni mekap ala2 bollywood....

Cik Nisha kita pun x ketinggalan juga..


Mother and Daughter... support anak2...


selesai suda Jejari Bestari seluruh Negeri Sembilan... now concentrate utk Ramadhan plak...

Nukilan
NFN

Monday, 24 June 2013

Makan je?... Boleh ke?..

Bab menelan ni memang kita suka... Ce ckp sape yang tak suka makan.... Semua org makan kan.. tak kira lah makan salad ke, nasi ke, roti ke.. janji makan.... Dalam apa2 event pun agenda makan jadi keutamaan... (itu yang sy perhati sepanjang penganjuran program di Jabatan Kerajaan).. Well kita makan tapi selalu terlupa adab, tatasusila makan ni...

Menurut Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) - Berita Harian (Isnin, 24 Jun 2013) 'Kesihatan diri merupakan antara aspek utama dititik beratkan dalam kepenggunaan. Ini kerana dengan kesihatan kita dapat membentuk mental yang baik sekaligus menjamin lestari kehidupan individu dan keluarga'

Maka, diberi TIPS PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN SELEPAS MAKAN

Jangan Makan Buah Selepas Makan

Ramai menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut (Dessert) selepas makan.... Tanggapan ini kurang tepat krn makan buah sebaik selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah, satu jam sebelum makan atau dua (2) jam selepas makan.


Jangan Minum TEH selepas makan

Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicerna. Jadi disarankan minum air putih sahaja


Jangan MANDI selepas makan

Sekiranya mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat. Manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.


Jangan Banyak BERJALAN

Jangan berjalan terlalu banyak selepas makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian.


Jangan TIDUR selepas makan

Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana maknan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika tidur. Jurteru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya 1 @ 2 jam.


Jangan MEROKOK selepas makan

Ini selalu berlaku pada kaum adam bila selesai makan. Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok suda pasti membahayakan kesihatan. Justeru, langkah terbaik, BERHENTI MEMBUNUH DIRI SENDIRI.


Jangan BERSENAM selepas makan

Bersenam amat baik untuk tubuh badan. Namun demikian, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik.leh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.


Jika kita lihat secara menyeluruh tips yang diberikan oleh pihak PKPKL ini, bukan kah ada dalam Sunnah Rasullah SAW dalam adab dan tatasusila makan (sebelum dan selepas). Perhatikan betul2...  So moral of the STORY, hidup kita seharian ada baiknya diterapkan dengan perkara2 sunnah Rasullah... ia sememangnya terbukti secara saintifik. Peringatan untuk diri sendiri juga.... :)




Nukilan
NFN

Sunday, 23 June 2013

Think BIG


Experience taught me a few things.

One is to listen to your gut,
no matter how good something sounds on paper.

The second is that you're generally better off sticking with what you know.

And the third is that sometimes your best investments are the ones you don't make.
 
Donald Trump

FERWHITE PURE L-GLUTHATHIONE COLLAGEN

Mari kita ketahui apa khasiat Ferwhite Pure l-Glutathione Collagen plak...

 
 
L-Gluthathione * Sebagai anti oksida yg dapat mencerahkan warna kulit
 
Kolagen * Membina sel baru, menguatkan ikatan sel kulit yang membolehkan kulit menjadi tegang, cerah dan cantik.
 
Hyralonic Asid (HA) * Penting untuk sendi, kulit, mata, gusi dan rambut. selain itu mampu melembabkan kulit dan meningkatkan metabolisme badan.
 
Acaiberry * Anti oksidan, slimming dan juga AWET MUDA
 
L-Carnitine * Memperbaiki sel2 dalam tubuh badan manusia
 
Dextrose Andyrous * Anti Penuaan.
 
Acid Folic * Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety
 
L-Taurine * Memperbaiki sel-sel tubuh badan selain mampu memberi tenaga tambahan.
 
 
Selain dipenuhi dengan multivitamin yang menjadi satu keperluan dalam tubuh badan kita...
 

 
PROMOSI HEBAT UNTUK ANDA SEMUA:-
 
Ferwhite Pure L-Gluthathione Collagen - 500gm
*Free Shaker
*Free Blackhead Mask
*Free Naturgo Mask
*Free Detoc Patch
*Free Shiseido White Mask
 
ONLY RM95 - pm/whatsapp 0172924005 untuk mendapatkan promosi yang hebat ini....