Wednesday, 28 December 2011

Tanda tanyaaaaaa

Berlaku dalam 1 situasi untuk me'lobi' sesebuah organisasi agar terus bekerja dengan memberikan satu kemudahan yang secara tidak langsung memberi impak yang negatif untuk satu jangka masa yang panjang. Tanpa mengira ia sebenarnya hanya akan menimbulkan pelbagai lagi kesan yang tidak baik terhadap kendiri individu yang terbabit. Sampai bila kah mentaliti masyarakat ini harus dibiarkan dengan sogokan yang sebenarnya lebih menyusahkan daripada menyenangkan. Dan masyarakat juga, sampai bilakah terus menerus mengharapkan sesuatu imbuhan yang sebenarnya bukan menjadi hak kita sama sekali. Kenapa tidak mahu berusaha dan berdaya fikir, berdaya maju dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki?.. terlalu memualkan bila mana situasi ini yang ditentang tapi situasi ini jugalah yang berlaku dihadapan mata malah situasi ini jugalah yang difikirkan sebagai satu solusi bagi memuaskan semua pihak. Lucu kan?...

Hanya olahan pendapat peribadi.... :)

Nukilan
NFN

Roman By ROMAN Ft KILAFAIRY (Ost Drama Tihany) Fast Version



Sangat menyukai lagu ni... SOMETHING in this song....

bila terasa deras jantungku
terisi dgn nada-nada yg resah
meyakinkanku adanya cinta
tapi tak pernah terang

sedangkan diriku semakin menjauh
dan mula melupakanmu

tersedar aku dalam pelukan
kekasih tak pernah ku impikan
cerita kita menghilang jauh
hanya menjadi sirna huuu…

masihkah dirimu mendiamkan cinta
percaya kepadaku

cinta
usah kau ragu
ia kan selalu menemanimu
biar kan ia bertamu

cinta…
ku tiada ganti hilang ….tanpa kau sedari

cinta…ku hanya untuk kamu

maafkan aku tak seperti yg kamu inginkan
melepaskan mu saat kau memerlukan
hapuskan hiba dihadapanku
ku masih menanti kehadiranmu

dapatkah melawan getarannya

cinta…..

CINTA :)

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.
Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan
Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,
“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)
Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.

Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.

Pernikahan adalah permulaan cinta. Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!

Tuesday, 27 December 2011

Selangkah ke hadapan...

Lama rasanya tidak update blog ni kan... Heheh baru balik dari berkursus, bercuti, out station dan mcm2 lagi... hehehe... Puas bercuti?.. rasanya tidak... terlalu banyak kejadian dan juga perlakuan manusia yang semakin lama semakin jelas kelihatan di mata kasar... mata halus?.. masih terus diselami sedikit demi sedikit...

Tahun 2011 semakin hampir di penghujung, 2012 semakin hampir merapati setiap insan di dunia ni... Tercapaikah hasrat masing2 di tahun 2011? rasanya ada tercapai, ada yang merasa masih jauh lagi sesuatu kisah yang perlu digapai... as fr me?.. well separuh, Alhamdulillah... suda tercapai.. separuh lagi.. masih menunggu satu masa yang sesuai.. Azam baru? mengapa perlu ada azam baru sekiranya azam yang lepas masih belum tercapai lagi?.. pelikkan manusia, suka sangat buat kerja separuh jalan... Tahun ni ingin memantapkan lagi perancangan hidup agar lebih stabil.. stabil dari segi emosi, kewangan dan ketenangan hidup.. zahir dan batin.. dunia dan akhirat...

Harap tahun ni tiadalah yang bertanyakan soalan.. Bila nak akhir zaman bujang??.. ngeeeeee sy tidak ada jawapan untuk soalan ini yer.. sbb sy merancang, Allah juga yang menentukan... Siapa yg tidak mahu hidup bersama keluarga sendiri kan... bersama insan tersayang dan anak2 sekiranya ada rezeki... cuma mungkin sy tidak dicipta untuk mengecapi kebahagiaan ini... Tidak apa lah.. sekarang hanya perlu fokus dan terus merancang agar berjaya dalam kehidupan dan senang di masa hadapan... :)

Rasa ini je lah untuk hari ni... Insya Allah ada masa lain update la pula kan.. itu pun kalo ada menapak di pejabat.. kalau out station, tak dapek ler eden nolong nyer.... Just be yourself and be happy for what ever u get for now.... Be thankful to Allah for all opportunity given... As we more lucky than the others... :)

Nukilan rasa
NFN

Friday, 2 December 2011

Terungkai..

Dalam jam 11pm semalam seorg sahabat yg setia mbantu call n i managed to talk wif sum1 yg aku respect.. Setelah clarify everything.. maka jelaslah ada miss communication disitu.. i feel so glad sbb she didnt involved at all... But now focus ngan manusia durjana yg cuba untuk merosakkan reputasi org lain.. next step dude...

Thursday, 1 December 2011

Fitnah!!

Semalam aku dpt berita yang amat memilukan dan mnyakitkan hati aku... dituduh melakukan sesuatu yg langsung tidak terlintas dlm benak aku.. ape ke punya jadah hidupnyer manusia yg otak udang mcm ni... Cakap besar, loud n clear but no proof.. ni lah jenis manusia yg lupa diri n hilang akal.. bodoh, bebal n ntah lah.. kain sendiri tak tengo dh koyak rabak, dok asyik nak selak kain orang... Takkan selamat hidup ko manusia.... 1 sweet day u will see me... yes keep my word.. YOU WILL SEE ME!!!...

Grrrrrrrrrrrrrrrrr

Wednesday, 30 November 2011

Siti Aishah & Mahali Wedding Day

Last 27 Nov telah menghadiri majlis persandingan salh seorang teman... hehe.. GORGEOUS gitew.... nway tahniah pada Shah & Said.. Semoga Berbahagia selalu dan mendapat rahmat dari ALLAH SWT.. diberkati dan dipermudahkan segala urusan k...

Shasha & Me


Pose ala manja... mane said niiiiiiiii


Selamat Penganti Baru
Aishah & Mahali a.k.a Said Ali

Nukilanku
NFN