Pernahkan anda bertanya pada diri anda sejauh mana anda mengetahui tentang budaya dan sosial negara ini.... sebagai rakyat Malaysia..... ???...
Telah menjadi kebiasaan kpd diri kita untuk mengucapkan selamat kepada kaum2 tertentu bagi perayaan yang diraikan oleh kaum masing2.. Hari Raya Aidilfitri, aidiladha, tahun baru cina, deepavali, thaipusam, wesak, kaamatan, gawai dan banyak lagi perayaan yang lain. ditambah pula dengan kecanggihan teknologi... the matter of type n send s n pasti semua ucapan akan dibaca oleh rakan2 yg ada di dalama dunia cyber ini.
Namun begitu, tidak dinafikan pasti ada sesetengah golongan yg tidak begitu peka dengan sambutan atau perayaan yang dirayakan oleh sesebuah kaum... sambutan yg dilakukan setiap tahun tp dipandang enteng oleh komuniti yg tidak merayakan.. kenapa?... sebab itu bukan sambutan kita dan kita x perlu tahu??.. mungkin... atau mungkin sbb mmg x nak ambik tahu langsung... wajar kah sedemikian wahai teman???....
Sedar atau tidak, dlm masyarakat malaysia ini sendiri terlalu banyak budaya yang amat indah sekali untuk dikenali... kenapa kita lebih tahu budaya negara luar berbanding negara kita sendiri... ?... Sabah sahaja mempunyai lebih dari 80 jenis budaya yang berbeza dan amalan budaya yang indah dan unik... di Sarawak pula jan cakap lah... lagi banyak... Baik, kalau 2 negeri ni kita rasa sangat susah.. kaji budaya di Negeri Sembilan itu... adat istiadat Perpatih.. sy pasti ramai yang tidak begitu mengetahui. Negeri Perak, Kedah dan negeri yang lain... terlalu banyak.. sedih kan bila mana golongan muda tidak mahu menghayati keindahan budaya sendiri dan lebih mudah memahami budaya luar...
Tatkala tidak begitu peka dan lalai.. maka terjadilah ungkapan selamat menyambut thaipusam kepada penganut buddha, instead of penganut hindu sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penganut yg merayakan thaipusam itu sendiri... Perkara yang tidak sepatutnya berlaku bukan... ???... apatah lagi ia dari laman sosial kelolaan sebuah agensi kerajaan. Mengharapkan segala kekurangan dan kesilapan ini tidak akan berlaku lagi dimasa akan dtg.... Sama2 kita jadikan pengajaran dan selalu beringat akan sensitiviti masyarakat yang ada disekeliling kita... bukan lah susah untuk mengambil tahu bukan...
Sekadar lontaran pendapat... sebab diri rasa amat terkilan selaku pencinta budaya Malaysia,...
Nukilan
NFN
No comments:
Post a Comment