Sunday, 5 February 2012

New Chapter in LIFE

Lama tidak berkunjung di lama blog ni... Kesibukan melanda diri.... 

Alhamdulillah, kini berada di Negeri Sembilan atas perpindahan yang sememangnya diharapkan sekian lama... Sujud syukur tatkala menerima berita perpindahan. Rasa gembira yang tidak terhingga. Senyum hingga ke telinga gitewwwwwww..... 

Satu cabaran baru bakal bermula dalam perjalanan hidup. Bertemu dengan dunia baru, kisah baru, wayang baru, perjalanan baru...semua serba serbi baru... Amat merasa bersyukur kerana di permulaan tahun 2012 ini, semuanya indah2 belaka. Alhamdulillah... Ucapan syukur x pernah lekang di atas nikmat kurniaan Ilahi... Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjuangan ini. Insya ALLAH..

Allah itu maha adil... maha megetahui apa yang terbaik untuk umatnya yg dikasihi... membuatkan diri merasa takut untuk melakukan perkara yang akan menyakiti orang lain... Segala perlakuan aniaya yg dilakukan terhadap diri dulu, akhirnya memunculkan kebenaran... Dihadapan mata sendiri melihat kebenaran diri diperlihat satu persatu... bukan diri seorang sj yg nampak, namun rakan seperjuangan dulu juga melihatnya... bukan niat untuk mendabik dada.. namun membuatkan diri merasa amat bersyukur bila diberi peluang untuk melihat sendiri keadaan itu, rasa keinsafan mengalir disetiap aliran darah tubuh... HAti hanya mampu mensyukuri di atas segalanya.... 
Ekoran dari kejadian yang berlaku baru-baru ini, membuatkan diri sentiasa beringat, bahawa setiap kejahatan yang dilakukan pasti ada balasannya... tidak sekarang dimasa akan datang pasti akan beroleh balasan tersebut. Bak lagi Faizal Tahir... KARMA.... lagu itu dicipta bukan sekadar dendangan irama, namun penuh dengan pengertian dan maksud yng tersirat dan tersurat... Semoga ALLAH sentiasa menebarkan rahmatnya dan melindungi diri dari segala fitnah manusia yang tidak pernah puas... 

Buat teman2 sekalian... yang ada di Labuan... percayalah, anda semua tidak pernah dilupakan... kehadiran anda semua didalam lembaran hidup amat membantu diri untuk lebih memahami apa erti kehidupan sebenar... Semoga Allah sentiasa bersama anda semua... Segala jasa baik anda, hanya ALLAH yg mampu memberikan ganjaran NYA... Insya ALLAH...

Nukilan
NFN

No comments:

Post a Comment