Thursday, 9 February 2012

Journey To The WISE....

Hidup di dunia ini hanyalah sementara... putaran kehidupan pula umpama roda, kejap di atas, kejap di bawah... Bila di atas, ramai terlupa, terleka.... bila berada di bawah, baru terasa betapa sakitnya ekoran perbuatan yang lepas.. lagi pedih bilaman kita telah menganiaya orang yang tidak bersalah dengan mereka pelbagai kisah palsu, fitnah dan sebagainya....

Perlu kah kita terus menerus mengenakan manusia lain sedangkan diri kita sendiri pun tidaklah sesempurna mana... perlukah kita menghebahkan keburukan org lain, tatkala kita sendiri menampakkan keburukan kita tanpa sedar... Sempurna kah kita di muka bumi ALLAH yg sememangnya kita tahu hanya satu pinjaman semata-mata....

Di akhir zaman ini, setiap balasan itu diberi secara nyata dan CASH dari ALLAH.. Qisas namanya... bila mana kita menganiaya manusia lain, sekejap jer ALLAH akan balas balik atas semua kejahatan kita kpd orang lain. NAmun ada sesetengah manusia tidak sedar, malahan ego lagi untuk terus menganiaya ... sampai bila??... bila nak mengaku salah??...

Kalau diizinkan oleh NYA, kita akan berpeluang bertentang mata dengan manusia yg pernah menganiaya kita .. melihat pembalasan, kesakitan yg mereka alami sebagai mana pernah kita disakit dulu... mmm adakah itu satu kepuasan?.. bagi yg teraniaya.. ya of coz itu satu kepuasan... bukan niat untk melepas dendam.. tidak, tapi hanya ingin individu ini merasa, sejauh mana kesakitan yang pernah mereka kenakan pada kita dulu... kesakitan itu sentiasa menghantui diri kita.. kekesalan.. bila mana kita melayan mereka dengan baik dan penuh dengan kasih sayang, namun di balas dengan tuba yang amat sakit... patut kah itu diperlakukan oleh seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran??...

Sakit itu belum sembuh sepenuhnya... namun sebagai ciptaan ALLAH yang diberi peluang untuk terus berpijak di bumi ini akan menjadikan sesuatu kisah hidup itu sebagai satu pengajaran yang amat berharga... Mengingati ungkapan insan tersayang...NAMY... Sabar.. satu hari nanti, kebenaran akan timbul juga... ya betul... Bila mana diri ini mengalami semuanya, dan bilamana berpeluang melihat sendiri manusia durjana itu tunduk ke bumi.... manisnya rasa.. puasnya hati... thank you sayang....

Apa2 pun semua kisah hidup itu pasti ada terselit satu kenikmatan hidup, rahmat dan kepedihan .. itu adalah normal... sebagai satu pengajaran dan juga panduan kita dalam menjalani kehidupan kita seharian.. hari demi hari.... Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati diri untuk menjadi manusia yang sentiasa berlapang dada... bersabar dan mensyukuri setiap nikmat yang ada...

Nukilan
NFN

Tuesday, 7 February 2012

Peka Jangan PEKAK

Pernahkan anda bertanya pada diri anda sejauh mana anda mengetahui tentang budaya dan sosial negara ini.... sebagai rakyat Malaysia..... ???...

Telah menjadi kebiasaan kpd diri kita untuk mengucapkan selamat kepada kaum2 tertentu bagi perayaan yang diraikan oleh kaum masing2.. Hari Raya Aidilfitri, aidiladha, tahun baru cina, deepavali, thaipusam, wesak, kaamatan, gawai dan banyak lagi perayaan yang lain. ditambah pula dengan kecanggihan teknologi... the matter of type n send s n pasti semua ucapan akan dibaca oleh rakan2 yg ada di dalama dunia cyber ini.

Namun begitu, tidak dinafikan pasti ada sesetengah golongan yg tidak begitu peka dengan sambutan atau perayaan yang dirayakan oleh sesebuah kaum... sambutan yg dilakukan setiap tahun tp dipandang enteng oleh komuniti yg tidak merayakan.. kenapa?... sebab itu bukan sambutan kita dan kita x perlu tahu??.. mungkin... atau mungkin sbb mmg x nak ambik tahu langsung... wajar kah sedemikian wahai teman???....

Sedar atau tidak, dlm masyarakat malaysia ini sendiri terlalu banyak budaya yang amat indah sekali untuk dikenali... kenapa kita lebih tahu budaya negara luar berbanding negara kita sendiri... ?... Sabah sahaja mempunyai lebih dari 80 jenis budaya yang berbeza dan amalan budaya yang indah dan unik... di Sarawak pula jan cakap lah... lagi banyak... Baik, kalau 2 negeri ni kita rasa sangat susah.. kaji budaya di Negeri Sembilan itu... adat istiadat Perpatih.. sy pasti ramai yang tidak begitu mengetahui. Negeri Perak, Kedah dan negeri yang lain... terlalu banyak.. sedih kan bila mana golongan muda tidak mahu menghayati keindahan budaya sendiri dan lebih mudah memahami budaya luar...

Tatkala tidak begitu peka dan lalai.. maka terjadilah ungkapan selamat menyambut thaipusam kepada penganut buddha, instead of penganut hindu sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penganut yg merayakan thaipusam itu sendiri... Perkara yang tidak sepatutnya berlaku bukan... ???... apatah lagi ia dari laman sosial kelolaan sebuah agensi kerajaan. Mengharapkan segala kekurangan dan kesilapan ini tidak akan berlaku lagi dimasa akan dtg.... Sama2 kita jadikan pengajaran dan selalu beringat akan sensitiviti masyarakat yang ada disekeliling kita... bukan lah susah untuk mengambil tahu bukan...

Sekadar lontaran pendapat... sebab diri rasa amat terkilan selaku pencinta budaya Malaysia,...

Nukilan
NFN

Sunday, 5 February 2012

New Chapter in LIFE

Lama tidak berkunjung di lama blog ni... Kesibukan melanda diri.... 

Alhamdulillah, kini berada di Negeri Sembilan atas perpindahan yang sememangnya diharapkan sekian lama... Sujud syukur tatkala menerima berita perpindahan. Rasa gembira yang tidak terhingga. Senyum hingga ke telinga gitewwwwwww..... 

Satu cabaran baru bakal bermula dalam perjalanan hidup. Bertemu dengan dunia baru, kisah baru, wayang baru, perjalanan baru...semua serba serbi baru... Amat merasa bersyukur kerana di permulaan tahun 2012 ini, semuanya indah2 belaka. Alhamdulillah... Ucapan syukur x pernah lekang di atas nikmat kurniaan Ilahi... Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjuangan ini. Insya ALLAH..

Allah itu maha adil... maha megetahui apa yang terbaik untuk umatnya yg dikasihi... membuatkan diri merasa takut untuk melakukan perkara yang akan menyakiti orang lain... Segala perlakuan aniaya yg dilakukan terhadap diri dulu, akhirnya memunculkan kebenaran... Dihadapan mata sendiri melihat kebenaran diri diperlihat satu persatu... bukan diri seorang sj yg nampak, namun rakan seperjuangan dulu juga melihatnya... bukan niat untuk mendabik dada.. namun membuatkan diri merasa amat bersyukur bila diberi peluang untuk melihat sendiri keadaan itu, rasa keinsafan mengalir disetiap aliran darah tubuh... HAti hanya mampu mensyukuri di atas segalanya.... 
Ekoran dari kejadian yang berlaku baru-baru ini, membuatkan diri sentiasa beringat, bahawa setiap kejahatan yang dilakukan pasti ada balasannya... tidak sekarang dimasa akan datang pasti akan beroleh balasan tersebut. Bak lagi Faizal Tahir... KARMA.... lagu itu dicipta bukan sekadar dendangan irama, namun penuh dengan pengertian dan maksud yng tersirat dan tersurat... Semoga ALLAH sentiasa menebarkan rahmatnya dan melindungi diri dari segala fitnah manusia yang tidak pernah puas... 

Buat teman2 sekalian... yang ada di Labuan... percayalah, anda semua tidak pernah dilupakan... kehadiran anda semua didalam lembaran hidup amat membantu diri untuk lebih memahami apa erti kehidupan sebenar... Semoga Allah sentiasa bersama anda semua... Segala jasa baik anda, hanya ALLAH yg mampu memberikan ganjaran NYA... Insya ALLAH...

Nukilan
NFN