Tup tup kes Sumbang Mahram... terkesima sebentar. bukan kagum tapi jijik mendengar story yg disampaikan oleh Insp Penyi ni... Seorang gadis yang berusia 18 tahun telah dirogol berkali-kali oleh bapa kandung sendiri sehingga melahirkan 2 orang anak. Anak sulong berusia 2 tahun dan yang ke 2 berusia seawal 1 bulan. Masya Allah..... Menyirap darah mendengar semua ni.. tapi atas dasar profesional aku bertenang sebentar tarik nafas dan terus mendengar. Seorang bapa yang dianggap pelindung kepada anak2 tergamak melakukan perkara yang SIAL sebegini... aku tak dapat nak tengo dari sudut positif ke apa kalo hal sumbang mahram ni... kesian pada anak2 yang lahir kedua dalam keadaan yang x tentu... bagaimana dengan title anak nanti.. sape akan bela nasib anak2 nanti... bagaimana emosi gadis yang dirogol tu, masa depan dia mcm mana?... kenapa? bagaimana?dimana? dan mcm2 persoalan yang hadir di minda...
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 23 :
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.
Amat jelas bukan larangan yang telah diturunkan oleh ALLAH kpd umatnya.. kenapa langgar?... anak sendiri tu.. ke mana hilangnya akal fikiran yang waras seorang bapa.. aku cukup sedih mendengar isu-isu ini dan lebih sedih kalo aku x terdaya. Aku nak tolong tapi aku mnghadapi kekangan dari segi prosedur dan juga peraturan... Aku tak mampu... Tapi amat bersyukur krn rakan agensi lain ada untuk membantu. Terima kasih kepada En. Zul (Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan).
Lebih menyedihkan tatkala ada kajian yang dilakukan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr Mansor Mohd Noor yang menjalan kajian mengenai gejala SUMBANG MAHRAM berkata majoriti kes sumbang mahram yang dilaporkan membabitkan masyarakat Melayu. Dimana silapnya masyarakat kita pada masa kini?.. aku jadi risau dan takut... Anda??..
Nukilanku
NFN
gila betul.kalau aku la tak boleh nak handle kes gitu.nti aku emosi lebih,aku lempang pulak bapak dia tuh.hehhehe.aku ade sorang sorang mmbe keje kat penjara kajang.dia pnh tnya sorang bapak ni knp rogol anak dia sendri.ko tau apa bapak sial tu jawab??gini bunyinya 'aku bela dari kecik,bg makan pakai.drp dpt kat org lain baik aku 'rasa' dulu.' memang lahanat sial kan?aku sumpah bapak2 yg rogol anak tanpa perasaan bersalah ni kene pana petir
ReplyDelete