Monday 19 September 2011

Perkongsian yang bermakna

Last Thursday dapat jemputan Open House daripada Cik Hajah Fauziah, salah seorang usahwanita yang berjaya di Pulau Labuan ini. Alhamdulillah sepanjang malam tersebut beliau dengan rendah dan murah hati telah berkongsi pelbagai pengalaman serta buah fikiran dalam usaha merealisasikan kejayaan demi kejayaan samada untuk diri sendiri mahupun untuk masyarakat setempat. Idea beliau MARVELLOUS... pelbagai sudut beliau kupas, dari negatif boleh menjdai satu perkara yang positif dalam diri beliau. Diri merasa sangat kerdil dengan cambahan idea dan juga lontaran pendapat yang diluahkan oleh beliau.... Diharap akan berpeluang untuk duduk semeja lagi dengan beliau dalam membincangkan pelbagai isu yang membabitkan wanita Labuan. Insya ALLAH....

No comments:

Post a Comment