Wednesday, 19 September 2012

Mana silapnya?...

Tanggal 15 September 2012 menjadi satu lakaran sejarah sayu buat dirku bila rumah telah dipecah masuk oleh golongan manusia yang kurang bijak dalam mengenal erti ketamadunan manusia. Merampas segala milik manusia lain demi memenuhi kehendak diri, menyelongkar keperibadian manusia lain dengan rakus sehingga mencalar kehidupan org lain...

Bukan harta benda atau wang ringgit yang ditangisi... tapi satu lembaran kenangan yang tersimpan rapi dalam laptop kesayangan itu yang dikesalkan. Sakit hati dan memberi seribu tekanan emosi bila mengenangkan semula kejadian yang sedikit demi sedikit meragut ketengan minda dan jiwa.

Namun, tatkala kejadian buruk itu berlaku, diri merasa sangat bertuah kerana dikelilingi manusia lain yang masih penuh dengan rasa kasih dan kemanusiaan... Sentiasa bersama diriku dan tidak kurang juga yang memberi sokongan moral. Saat ini, diri tidak sanggup lagi untuk tinggal dirumah itu, terlalu meruntun hati sanubari.

Dan hari ini, menerima berita yang sama menimpa salah seorang insan yg disayang. Modus Operandi yang sama...taktik yang sama... seumpama menjadi satu franchise jenayah pula... kasihan sungguh golongan manusia ini.... dimana kah silapnya masyarakat kita kini?.... salahkah didikan yang diberi?... inikah natijah arus kemodenan masa kini?... Tertanya2...


Nukilan
NFN