Friday, 2 March 2012

Kisah di Bulan February....

Dengan pantas February berlalu dengan pelbagai kisah yang penuh dengan suka dan duka... sakit dan girang... positif dan negatif...

February
Sesetengah orang mengatakan ianya adalah bulan cinta... bulan kasih sayang... bulan romantis... as usual kita akan lihat banyak majlis2 pertunangan, majlis2 perkahwinan dilaksanakan pd bulan ni... sweeeeeeeet kan... Ada sesetengah plak mengatakan cinta, kasih sayang dan romantis tu tidak hanya pada bulan February.. setiap bulan pun sama... well terpulang pada definisi masing2 kan... apa2 pun bagi diri Alhamdulillah, February berlalu dengan penuh kesabaran dan ketenangan.. Syukur atas kurniaan dan dipermudahkan segala urusan oleh maha PENCIPTA.

Dalam Februari ini, buat seketika satu titipan buat diri tertanya ... berkenaan dengan erti persahabatan yang diagungkan oleh para manusia sekeliling. Apa erti persahabatan pada anda??... adakah perlu seorang sahabat tu nak update diri dia? adakah perlu sahabat itu berkongsi segala2nya..? dan adakah sahabat itu bererti perlu marah membabi buta, menuduh tanpa selidik... dan adakah adil bagi seorang sahabat tatkala sahabat lain lebih mendengar kata orang tanpa mendengar penjelasan dari empunya diri.. dan terus menghukum????....

Entahlah... diri sebenarnya terasa amat penat untuk memenuhi setiap kemahuan, keperluan dan permintaan insan lain... tatkala diri sendiri memenuhi segala kemahuan diri dan merasa segan untuk menyusahkan orang lain... Ekoran dari kejadian yang melanda diri, diri lebih suka berdiam dari bercerita. Bukan tujuan untuk mengasingkan diri dr kalangan yang lain tapi ada baiknya bagi diri untuk terus berdiam diri kerana untuk apa diri bercerita seandainya hanya membawa kelukaan yang amat dalam lagi... Kerana tidak semua memahami apa yang kita alami sendiri kan... Walau kita cuba untuk terangkan... untuk jelaskan... tp secara nyatanya diri kita juga akan jadi pesalah utama.... itu lah sikap manusia yang lebih suka menghukum dari memberi option yang lebih luas dalam perkongsian minda, hati ke hati.... amat jarang sekali.... percayalah... bukan tak ada.. ada yang bg komen membina, tp dlm 10 hanya ada 1 je..

Diri sebenarnya seorang yang suka bercerita, berkongsi dan menyatakan rasa gembira, marah dan sedih.. pendek kata out spoken tapi itu suatu ketika dulu..masa berlalu pergi dan membuatkan diri berubah sedikit demi sedikit dan sehingga kini diri hanya menyimpan segala nya secara sendiri... untuk diri bercerita rasanya tidak lagi... sebab hanya menimbulkan kesakitan yang amat. Bukan tidak percaya....tapi tidak yakin...

Bukan mahu menjadi seorang yang anti sosial... tidak... kerja dlm bidang sosial takkan nak anti sosial pula kan... cuma diri rasa buat masa ni biarlah diri bersendiri... sakit hidup bersendiri ni, tapi lebih sakit bila kita berkawan tapi disalah erti...dihukum semahunya...dikata seburuknya... walhal kita satu apa pun x tahu... tanpa diberitahu.. terus dituduh... adil kah itu?... well tidak jadi pd diri yang lain, memang lah drg kata adil... tapi yang mengalami... hanya diri yang tahu kan... tak pe la... nak explain panjang lebar pun untuk apa... tiada yang tahu dan diri pun malas untuk memberi kefahaman pada org sebab semua pun dah bijak pandai... masing2 ada minda untuk berfikir dan ada hak untuk memilih..

Setakat itu jer buat masa ni perkongsian yang ada dan terbungkam dalam hati...

Allah lebih mengetahui segalanya kan... Biarlah.. Janji diri ikhlas dalam melakukan apa2 pun dalam hidup ni..

Nukilan
NFN