Sunday 30 June 2013

Tembikar Pecah...

Kurang dari 24 jam kita melihat Permainan Bola yang hebat antara Kelantan vs Johor dan kemenangan menyebelahi kepada pasukan The Red Warrior.. Gomo Kelate Gomo... yessss oppssss ye ye sy sokong Kelantan... :) apa pun tahniah kepada pasukan Johor juga kerana bermain dengan baik dan cemerlang....
 
Melihat kepada secara keseluruhan, sy lebh berminat untuk meninjau kepada kelibat penyokong bagi kedua2 pasukan semalam... sangat meriah dan sporting, walau ada kecacatan di bahagian pengakhiran game semalam... nyalaan mercun dan suar bagi sy amat mengganggu dan membahayakan kepada orang ramai. Apatah lagi ia dinyalakan di tempat yang sememangnya RAMAI orang... sy ulangi RAMAI ORANG... tapi bila mana nafsu menguasai akal... apa yang dibuat pun main redah je kan...
 
Melihat kepada konteks masyarakat kita yang berbilang kaum, bangsa dan agama.... acapkali halwa telinga kita ditiupkan dengan kata2 beradab, didikan kesopana dan saling menghormati sesama manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat amnya... Hormat menghormati apatah lagi kepada golongan yang lebih tua daripada kita... Namun demikian, kini segala kebaikan, kesederhanaan, kesopanan bukan lagi sebagai tunjang utama dalam menjalani kehidupan harian... Iya menjadi satu pilihan bagi tindak tanduk sebahagian ahli masyarakat. Amat menyedihkan....
 
Wahab Munabin pernah mengingatkan adab dan akhlak yang buruk seumpama Tembikar Pecah, walau mcm mana usaha kita untuk mencantumkan semula tetap tidak akan dapat digunakan lagi.. Perlukah kita menghancurkan adab dan kesopanan kita semata2 untuk mengejar keseronokan duniawi yang kita sedia maklum akan berakhir dengan kekecewaan. Sebagai mana kita mencuba yang terbaik dalam mencantumkan tembikar yang rosak, pasti akan berkecai juga dan akan dibuang sebab sudah tidak berguna lagi. Jangan sampai perumpamaan ini menjadi kenyataan dalam masyarakat kita. Jangan sampai masyarakat kita tidak lagi dilitupi dengan hidup yang beradab dan bersusila.
 
Kejadian semalam hanyalah 1% dalam perlakuan manusia yang ada disekeliling kita... Masih banyak lagi perlakuan yang kurang menyenangkan berlaku... Kecurian, rompakan, rogol, rasuah, pembunuhan... terlalu banyak lagi perkara2 yang menakutkan sebenarnya. Kadang kala sy sendiri lebih rela untuk duduk diam dirumah tanpa mahu keluar... bukan kerana anti sosial, tapi kerana takut dan risau.... Semoga kita semua akan bersama2 dalam usaha memperbaiki kendiri... memperbaiki jiwa dan memperbaiki adab kesopanan yang telah menjadi satu warisan dalam masyarakat kita....
 
Mood hari ni nak makan makanan menu Kelantan.. sebab semalam dah menang.. hahahah nway, Happy weekend u ols...
 
 
Nukilan
NFN

Saturday 29 June 2013

Bila Ber'program' di luar

Mnggu ni kitrang program kat Rembau... Kecantikan - Asas Solekan.. Kehadiran pserta seperti biasalah, jemput 30, 20 yg dtg... Kat lokasi ni lah agak azab nak cari peserta... Tempat2 lain ok je. Tapi apa2 pun peserta enjoy with the program. At lest dpt bkongsi serba sedikit kemahiran yang ada.. Kitrang pun ikutlah sekali.. tp sy tak.. meng'offre' diri untuk jadi model yg diconteng2 muka... hahahah dekat sejam juga lah.. perghhh lenguh der... so salute pada pengantin2 artis2 yg mekap smpai 2-3 jam... ada yg berjam2 pun... fuhhh hebat...

Puan Hamsyidar, Tenaga pengajar yang hebat...




Terasa foundation tu berbotol2 kat muka... huhuhu

Ni mekap ala2 bollywood....

Cik Nisha kita pun x ketinggalan juga..


Mother and Daughter... support anak2...


selesai suda Jejari Bestari seluruh Negeri Sembilan... now concentrate utk Ramadhan plak...

Nukilan
NFN

Monday 24 June 2013

Makan je?... Boleh ke?..

Bab menelan ni memang kita suka... Ce ckp sape yang tak suka makan.... Semua org makan kan.. tak kira lah makan salad ke, nasi ke, roti ke.. janji makan.... Dalam apa2 event pun agenda makan jadi keutamaan... (itu yang sy perhati sepanjang penganjuran program di Jabatan Kerajaan).. Well kita makan tapi selalu terlupa adab, tatasusila makan ni...

Menurut Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) - Berita Harian (Isnin, 24 Jun 2013) 'Kesihatan diri merupakan antara aspek utama dititik beratkan dalam kepenggunaan. Ini kerana dengan kesihatan kita dapat membentuk mental yang baik sekaligus menjamin lestari kehidupan individu dan keluarga'

Maka, diberi TIPS PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN SELEPAS MAKAN

Jangan Makan Buah Selepas Makan

Ramai menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut (Dessert) selepas makan.... Tanggapan ini kurang tepat krn makan buah sebaik selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah, satu jam sebelum makan atau dua (2) jam selepas makan.


Jangan Minum TEH selepas makan

Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicerna. Jadi disarankan minum air putih sahaja


Jangan MANDI selepas makan

Sekiranya mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat. Manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.


Jangan Banyak BERJALAN

Jangan berjalan terlalu banyak selepas makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian.


Jangan TIDUR selepas makan

Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana maknan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika tidur. Jurteru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya 1 @ 2 jam.


Jangan MEROKOK selepas makan

Ini selalu berlaku pada kaum adam bila selesai makan. Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok suda pasti membahayakan kesihatan. Justeru, langkah terbaik, BERHENTI MEMBUNUH DIRI SENDIRI.


Jangan BERSENAM selepas makan

Bersenam amat baik untuk tubuh badan. Namun demikian, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik.leh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.


Jika kita lihat secara menyeluruh tips yang diberikan oleh pihak PKPKL ini, bukan kah ada dalam Sunnah Rasullah SAW dalam adab dan tatasusila makan (sebelum dan selepas). Perhatikan betul2...  So moral of the STORY, hidup kita seharian ada baiknya diterapkan dengan perkara2 sunnah Rasullah... ia sememangnya terbukti secara saintifik. Peringatan untuk diri sendiri juga.... :)




Nukilan
NFN

Sunday 23 June 2013

Think BIG


Experience taught me a few things.

One is to listen to your gut,
no matter how good something sounds on paper.

The second is that you're generally better off sticking with what you know.

And the third is that sometimes your best investments are the ones you don't make.
 
Donald Trump

FERWHITE PURE L-GLUTHATHIONE COLLAGEN

Mari kita ketahui apa khasiat Ferwhite Pure l-Glutathione Collagen plak...

 
 
L-Gluthathione * Sebagai anti oksida yg dapat mencerahkan warna kulit
 
Kolagen * Membina sel baru, menguatkan ikatan sel kulit yang membolehkan kulit menjadi tegang, cerah dan cantik.
 
Hyralonic Asid (HA) * Penting untuk sendi, kulit, mata, gusi dan rambut. selain itu mampu melembabkan kulit dan meningkatkan metabolisme badan.
 
Acaiberry * Anti oksidan, slimming dan juga AWET MUDA
 
L-Carnitine * Memperbaiki sel2 dalam tubuh badan manusia
 
Dextrose Andyrous * Anti Penuaan.
 
Acid Folic * Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety
 
L-Taurine * Memperbaiki sel-sel tubuh badan selain mampu memberi tenaga tambahan.
 
 
Selain dipenuhi dengan multivitamin yang menjadi satu keperluan dalam tubuh badan kita...
 

 
PROMOSI HEBAT UNTUK ANDA SEMUA:-
 
Ferwhite Pure L-Gluthathione Collagen - 500gm
*Free Shaker
*Free Blackhead Mask
*Free Naturgo Mask
*Free Detoc Patch
*Free Shiseido White Mask
 
ONLY RM95 - pm/whatsapp 0172924005 untuk mendapatkan promosi yang hebat ini....


Saturday 22 June 2013

Selamat Pengantin Baru Elin & Ahmad

Tahniah diucapkan kepada staff kiter... PUAN Nor Hazlin a.k.a Elin.... Yang telah selamat dipuankan bersama dengan En Ahmad a.k.a ROCK... (Elin kata, bukan kiter kata)...

She's look so GORGEOUS on her wedding day... Tahniah Elin & Ahmad



 
 
Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai semoga kekal bahagian hingga ke hujung nyawa... In Shaa ALLAH
 
 
Nukilan;
NFN

I Choose to SILENT

Kejadian dalam 10 minit saja... tapi amat mrentap hati ayat nya.. Nak lawan balik, apa guna.. dalam keadaan masing2 tidak stabil, marah membuak2... tuduh2.. so I choose to silent. Untuk terangkan pada masa itu, rasanya bukan sesuatu yang baik untuk dilaksanakan.

Tapi secara keseluruhan, saya merasakan ada beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum kita tuduh, marah atau apa2 pun perkara... Tahukah kita keadaan orang yang kita marah?... Apa yang terjadi, yang terpaksa dia hadapi sendiri. Adakalnya kita tidak sedar setiap kata2 kita meluka kan org lain... Kita hanya cakap dan tidak pernah mengerti apa sebenarnya yang dihadapi mereka. Ayat 'awak patut mcm ni, awak patut mcm tu... awak begini, awak begitu....' pernah tidak kita tanya,'awak ada masalah ke?.. awak ok ke?...' Pernah?... I bet you, tidak akan pernah.

Langkah terbaik, diam.... Cakap apa pun tidak akan mendatangkan hasil pada masa itu. Biarlah masa saja yang tentukan setiap perkara yang terjadi..

Silence

Silence is dark
Silence is black
Silence is fear
Silence is sear

Silence is silent
Silence is ignorant
Silence is isolated
Silence is neglected

Silence is alone
Silence is lone
Silence is desolation
Silence is depersonalisation

SIlence is elimination
Silent, out of words.

Wednesday 19 June 2013

REDHA

Bicara manis bertinta tiada
Berpaksi janji pada suara
Meniti hari dengan bernada
Tangis dan sendu terpisah tiada

Noktah dipinta kisah bertanda
Linang dimata mencurah tiada
Pasrah terima walau berdarah
Bertanda pasti didalam dada

Langkah dialun bersama rima
Tiada lagi beban dijiwa
Hanya mengadu pada yang ESA
Agar tenang tidak bersudah

Nukilan
NFN

Tuesday 18 June 2013

Fidolifia - Penyakit Psikologi yang merbahaya

Sejak kebelakangan ini, saya kerap add friend dari kalangan budak2 sekolah samada sekolah rendah mahupan menengah... most adalah bawah 15 tahun... Surprise2 budak sekolah rendah ramai dah ada facebook sendiri, twitter sendiri dan ada juga keek sendiri... Hebat2... Budak2 zaman sekarang amat terdedah dengan gadget yang serba serbi terkini... Saya pula terasa agak ketinggalan... heheheh

Bila diperhatikan, ramai budak2 ni comel2 belaka, buat muka cute, buat aksi gwiyomi, duck face... mcm2 lah.. aksi ketawa nakal... Bagi saya comel... anda pula bagaimana?... Tapi jauh disudut hati ada terdetik, budak2 ni tak takut ke dengan penjenayah diluar sana?... Mungkin sy terlalu dipengaruhi oleh rancangan tv, CSI, Criminal Mind.. tp jenayah fidofilia tu kan wujud... well kita pun doa lah agar benda2 mcm ni tak blaku kan...

Tapi hari ini,sedang mbelek paper Sinar Harian ternampak taju BUDAK GAYA MANJA RISIKO JENAYAH terus menerus baca.. Thats it... memang itu lah isunya... Fidofilia...

Apa itu Fidofilia??.

Lebih dikenali sebagai Pesakit Fidolifia yg merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah psikologi serta kecenderungan melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak dan golongan ini biasanya bertindak kejam terhadap mangsa bagi mencapai kepuasan. - Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor (Pakar Psikologi Perkembangan pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya).

Pengidap penyakit ini bukan hanya 'tergoda' dengan tubuh badan kanak-kanak berkenaan, tetapi melihat pada gerak bibir, mimik muka, gaya dan celoteh kanak2. Bahaya kan. TApi itu lah aksi yang kelihatan di laman facebook saban hari... Pagi pose dr atas ngan muncung ala2 cute, petang plak bg jelingan manja.. terlalu banyak pendedahan gambar2 sebegini dilakukan oleh kanak2 zaman sekarang.

Menurut Assistant Komisioner Hamidah Yunos dari D11 Polis DiRaja Malaysia, sehingga kini Malaysia belum menerima sebarang kes fidofilia ini meskipun ada beberapa kes rogol dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan.

Namun demikian, ini tidak bermakna yang pesakit fidofilia ini tidak ada. Mereka sentiasa ada disekeliling kita tanpa kita sedar. Melihat dari jauh dan apa yang kita takuti 1 hari nanti mereka ini muncul dan mnyerang kanak2 kita.... Itu satu senario yang patut dihindarkan, dijauhi... Dan untuk sekian kalinya ibu bapa diminta untuk memantau anak2 dalam menggunakan laman sosial ini. Memang admin facebook ini menghadkan pengguna laman ini 14 tahun ke atas, namun demikian acces yang mudah ini memudahkan kanak2 untuk memalsukan usia masing2...

Pemantauan perlu ada. Walau dimana pun kita berada. Kanak2 perlu menikmati keperluan mereka dengan selamat dan penuh dengan kegembiraan. Adalah tanggungjawab kita bersama dalam mengelakkan perkara sebegini agar tidka berlaku....

Nukilan
NFN

 
 
 


Datuk Hajah Azizah Mohd Dun

Siapa wanita yang berada di samping YB Datuk Rohani Abdul Karim dalam menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ramai yang tidak mengenali keperibadian wanita yang penuh dengan kelembutan secara lahiriahnya namun memiliki kekentalan jiwa dalam visi memperjuangkan kebajikan rakyat.

Azizah Mohd Dun dilahirkan pada 4 November 1960 di Beaufort Sabah. Anak kepada salah satu tokoh politik di Sabah Datuk Haji Mohd Dun Banir yng pernah menjadi wakil rakyat di Lumadan dan menjadi pemimpin masyarakat di daerah Beaufort.

Datuk Hjh Azizah Mohd Dun memulakan sesi pendidikan beliau di SRK Mempagar dan kemudian ke peringkat sekolah menengah di St Paul Secondary School, lulus di Tingkatan 3 dan meneruskan pendidikan di Maktab Sabah sehingga ke Tingkatan 6. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran peringkat A Level di England dan kemudian mengikuti pengajian undang-undang sehingga dianugerahkan Bachelor in Law sebelum ditauliahkan sebagai peguam di Lincoln Inn's England.

Datuk Azizah merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai majistret pada tahun 1981 hingga 1984 sekembalinya ke Sabah.  Menceburkan bidang dalam arena politik dan menang bagi kerusi DUN Klias pada tahun 1985. Pada tahun 2004, beliau sekali lagi bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Tahun 2008, beliau bertanding pula di DUN Klias dan menang kemudian dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna di Sabah. Tahun 2013, beliau sekali lagi bertanding dan memenangi kerusi Parlimen lantas dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mendirikan rumahtangga bersama dengan ahli korporat Tuan Haji PAiman Abdul Karim dan dikurniakan 2 orang anak yang sentiasa memahami tugas beliau sebagai pemimpin. Menjadikan ejekan kawan2 semasa kecil sebagai satu cabaran dalam hidup Datuk Azizah, dengan memegang falsafah Let's make DIFFERENT kini beliau mampu berdiri sebagai seorang pemimpin yang disayangi dikalangan rakyat khasnya di Beaufort, Sabah.

* Rujukan Internet

Note: Datuk Hjh Azizah Mohd Dun akan merasmikan penutupan Program Wanita Anti Jenayah - Respek Wanita (Gangguan Seksual) yang akan diadakan di TAFE College, Seremban pada 20 Jun 2013.

Nukilan;
NFN

Monday 17 June 2013

Prelude 'Program Wanita Anti Jenayah - Gangguan Seksual (Respek Wanita)'

Dalam persekitaran kerja kita sebenarnya selalu berlaku gangguan seksual samada kita sedar atau tidak. Ramai yang menyangka bahwa gangguan seksual itu berlaku bila terjadinya sentuhan atau terungkapnya kata2 lucah. Tapi sedarkah kita setiap perbuatan yang melambangkan satu aksi lucah walau dengan tujuan gurauan pun boleh dikatakan sebagai Gangguan Seksual....

Apa itu Gangguan Seksual

Definisi Perundangan menyatakan: Unwelmcome verbal, visual or physical conduct of sexual nature that is severe or pervasive and affects working conditions or creates a hostile work environment

Manakala menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Zaiton, 1990) Segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual


Siapa MANGSA Gangguan Seksual

Lelaki dan wanita. YA.. Lelaki pun sama menghadapi gangguan seksual. Gangguan seksual ini bukan hanya berlaku antara lelaki kepada perempuan dan sebaliknya, malahan lelaki terhadap lelaki @ wanita terhadap wanita bilamana individu ini mempunyai kecenderungan seks songsang.


Bagaimana Gangguan Seksual ini berlaku

Sentuhan, pertuturan dalam gurauan setiap hari pasti akan ada selitan gangguan seksual ini. Tidak percaya, perhatikan persekitaran pejabat anda setiap hari. Pasti ada walau sekali. Eh mana ada, si polan tu bergurau aje lah. Takkan sensitif kot. Dia memang macam tu.. suka pegang2 - Dialog seperti ni, biasa tak dengar?.... Ada kan... Sebab dialog sebegini kita tidak dapat meneruskan niat kita untuk mengambil tindakan. Sebab si polan hanya BERGURAU dan takut kita pula dilabel sebagai pengadu.

Keadaan ini berlaku hampir setiap masa. Namun begitu selagi kita sebagai individu yang diganggu 'meluluskan' setiap perbuatan / gangguan itu, ia tetap tidak akan dipanggil sebagai Gangguan Seksual. Individu yang melakukan gangguan ini akan sentiasa mengatakan ianya hanya gurauan dikalangan rakan-rakan sepejabat.

Setiap hari kita sebenarnya menjadi mangsa kepada perbuatan yang tidak bermoral ini. Namun demikian amat kurang sekali aduan berkenaan dengan gangguan seksual ini ekoran persekitaran dan budaya masyarakat kita yang terlalu menerapkan perasaan MALU. Dengan erti kata lain, Malu yang tidak bertempat.

Sehingga hari ini, negara kita tidak mempunyai kod undang-undang yang berkuat kuasa membabitkan gangguan seksual secara khusus. Apa yang ada hanyalah Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan pada 1999 atau disebut sebagai Kod Amalan. Kod Amalan ini bertujuan memberi garis panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisme dalaman pada peringkat organisasi bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja.

Kesan Gangguan Seksual
  • Kerjaya. Mangsa cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri unutk hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja, kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah matlamat kerjaya.

  • Fisiologi. Dari aspek ini, mangsa mungkin mempamerkan gejala-gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan kerana bimbang dan terlalu banyak berfikir.

  • Malu. Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa ingin mengasingkan diri dari pergaulan. Perasaan ini timbul akibat rasa rendah diri kerana menjadi mangsa gangguan seksual, sehingga merasa tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan-rakan sepejabatnya.

  • Ketakutan dan Curiga. Perasaan takut dan curiga merupakan kesan emosi yang sering dialami mangsa. Perasaan ini muncal dalam bentuk takut kepada orang tertentu, bentuk tubuh tertentu dan tempat tertentu. Selain itu, mangsa sering menjadi ‘paranoid’ kepada orang tertentu, orang asing yang tidak dikenalinya serta tempat asing yan belum pernah dikunjunginya.

  • Trauma. Kesan mental pula adalah kerana pernah mengalami peristiwa yang sangat menyakitkan, menyedihkan dan berat bagi diri mangsa. Justeru itu, mangsa sukar untuk melupakan peristiwa tersebut dan mengalami gangguan ketenangan, penumpuan dan kestabilan mental sehingga dapat menggangu akviti sehariannya

Terlalu banyak ungkapan, ulasan berkenaan dengan Gangguan Seksual ini. Well, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan akan mengadakan Kempen Kesedaran - Program Wanita Anti Jenayah - Respek Wanita 'Gangguan Seksual'. Kupasan dari pihak PDRM, EN Airol Irwan Limin dan En Alexsander akan betebaran menjadi halwa minda audiens. Menarik lagi bilan Master Saiful akan mengajar tentang 'pertahanan diri dari diganggu'.. Menarik... Cant wait the DAY...

Sementara itu, sy & team PPWNS lah yg tekeja sana sini... Tapi its ok.. We HAVE FUN being together.... LOVE my JOB

Nukilan
NFN

Derapan Perjalanan Insan


Perubahan
satu derapan langkah diatur
satu ungkapan minda dicatur
satu nekad untuk bertempur

Perjalanan
Langkah santun berderap
Mencari hidup yang belum tersingkap
Harapan menanti akan digarap

Liku
Tersadung jatuh menerpa wajah
Raungan perit tidak terkata
Mencari maksud jauh diminda

Akhir
Andai tiba di satu jalan
putus kata jiwa tersimpan
Nekad jiwa menyinar depan

Nukilan
NFN

Pekeliling Kenaikan Gaji pada 1 Julai 2013

Rakan2 semua, start 1 julai gaji naik... pekeliling dh kuar... Cer refer link kat bwh ni...

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp052013.pdf



Sharing is Caring
NFN

Sunday 16 June 2013

Rentetan Minda

Banyak mata yang berjaga malam, banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi.

Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh mendorongmu hilang kewarasan.

Kelmarin, Tuhan telah membantumu. Percayalah esok Dia masih akan tetap menolongmu. Bersangka baiklah kepada Allah.

-Imam as-Syafi’e rahimahullah


Happy Father's Day

What Is A Dad?

A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...



Happy Father's Day Daddy, Ayah

Nukilan;
NFN

Jahit menjahit bersama dengan Orang Asli... Best..








Bila dah masing2 nak menjahit.... semua tumpu perhatian lah kononnya... Bukan senang nak menjahit ni kan. Sy sendiri pun mampu buat 1 beg kecik je... So kira hebat lah org yang blh jahit baju smpai 2 - 3 pasang baju setiap hari... dari nak cucuk jarum smpai lah ke penghujung nak gunting benang... adeiiiiii

Program jahitan - Felt craft ni bunyi je mcm senang tapi sebenarnya rumit juga kan... bagi org mcm sy yang x pandai menjahit ni lah.. kalau dh pandai menjahit tu lain lah ceritanya kan... Program bersama dengan Orang Asli yang mmg kita sedia maklum mmg kreatif dlm bidang kraf ni.... Hasil yang dpt dilihat mmg lawa2..... tenaga pengajar ajar jahitan biasa je, drg leh siapkan dengan style2 3D bagai.... hebatttt,...

Apa2 pun sepanjang berada di Kg. Dusun Kubur ni mmg best, dpt ilmu and release tension sikit.... yeeeeee menjahit leh jd terapi minda juga... :)

Nukilan;
NFN

Saturday 15 June 2013

Thailand Trip

Kraf yang comel

Macam2 ado..


Mall
Tuk Tuk Kite

Murah2..


Coconut Shake katenyer...


Kite ambik gambar dia, dia ambik gmbar kite...

Teringat kat Siti bila tengo PINK

Colour BLOCK utk BLOK

Unique

Bangla Road, Phuket

Antara tarikan di Phuket... Sungguh rendah rasa diri...

Pantai di Phuket
 
 
Tanggal 1 May 2013 satu tarikh yang ala2... bila dengan spantas kilat kputusan dibuat untuk pg Thailand... Al kisahnya mmg dh lama plan tapi komitmen keje buat sy cancel... 30 april bgegas dari gemas menuju ke KL sentral to catch up train utk ke Hatyai...stay semalam, n terus ke Phuket keesokan harinya.... Fun dan penat... lebih 24 jam sebenar nya atas transport je
 
 
How Hatyai?.. hows Phuket?... best sebenarnya.... lagi2 kalau kita pgi beramai2 (les than 5 person better actually)... Time pegi tu sekali ngan ajib, sha n ija... best2.. gelak ketawa, hilang rasa tension seketika... Bangla Road, Simon Cabaret, Phi Phi Island, Water Rafting, elephant riding... waahhh benda2 yang tidak pernah dibuat, so buat kat sini... nama pun perjalanan adventure... so memang dapat lah adventure nya....
 
 
Budget?... untuk Hatyai mmg ok, murah... hotel murah, makanan pun murah.. pakaian pun ok... untuk Phuket, mahal sikit... specially tang makanan... Dont worry, Halal Food memang banyak untuk kedua2 tempat ni. so x rasa susah pun sebenarnya.... Tapi aktiviti di Phuket caj murah, jan risau... RM120 untuk aktiviti seharian, termasuk pengangkutan dan makan minum.... ambik dan hantar hotel... best kan....
 
 
Di Phuket sy jd pembonceng untuk motor ajib... hahahahah sakit jiwa aku naik motor... rasanya masa kecik2 dulu mmg selalu naik motor... ni dh tua2 ni (tua ke?... hahaha) nak naik motor mmg tak lah kan... tapi kat Phuket mmg kena naik juga motor ni, kalau tak..... mmg x bjalan lah keliling bandar yang hapening di Phuket tu... redah je lah.... nasib tak tnaik motor tu.... ngeh2...
 
 
Apa2 pun trip ke Hatyai-Phuket mmg menggamit memori bahagian katanya.... hahahahah can spend time with nest friends of mine... Lama x lepak dng drg berdua ni... last lepaking masa di Genting Highland dulu... 2010 if x salah sy... lama dah kan... sekali kuar bjalan 2013 dah... mmmm we should do it frequently i guest...
 
 
Pegi lah Phuket tu.... BESTTTTTTT :)
 
 
Nukilan; NFN
 

WANITA

Seorang perempuan tetap tersenyum walau hatinya sedang terluka,tetap tegar walau sebenarnya ia ingin menangis,tetap menerima walau hatinya begitu kecewa,tetap kuat walau sebenarnya ia merasa tak sanggup lagi,tetap semangat walau diterpa banyak masalah,tetap tawakal kerana semuanya akan kembali baik-baik saja

Lembaran Kehidupan Hamba

Hidup menagih pelbagai pengorbanan dan perhitungan dalam menjalani satu situasi yang kita sendiri tidak tahu, tidak diajar untuk menghadapi. Hanya berbekalkan satu kesungguhan dan nekad dalam meredah segala rentetan kisah seharian... Kegembiraan, kesakitan, senyuman dan tangisan bersilih ganti mewarnai drama kehidupan yang kompleks dan berpanjangan.

Berpisah, terpisah dan bertemu semula. Siapa menjangka satu hati yang pernah disakiti, hancur dek masa, hancur dek ungkapan nista... berderai dek kekhilafan dimasa lalu sedikit demi sedikit kian bercantum semula. Tapi terdetik dihati, perlu kah diteruskan satu lagi kisah baru dengan landasan yang sama cuma haluan yang berbeza. Cukup kuat kah diri menghadapi liku yang bakal mewarnai satu kanvas kehidupan yang tidak diketahui asal corak nya. Yang ada hanya bayangan puitis kata dan bahasa.

Ada kata, jalani seadanya.... ada kata, elakkan sebaiknya.... ada kata, harungi andai ini yang tertinta... Hati kata apa?... Minda terukir dimana?... Perasaan berbaur mengapa?... Memang susah bicara bila perasaan terlibat sama... Hanya sujud pada NYA bisa memberi kenyataan... Pahit...pedih...suka...duka.. pilih lah...

Nukilan; NFN

Bandung With LOVE

Sedap dan murah

Kediaman kami sepanjang berada di Bandung

Perghhhh bapa banyak.... tapi sedappppp

Tangkuban Perahu, Bandung

Model untuk filem Suami mu, suami ku jua...

Err... motif?..

Ni makanan Sunda

Teka... apakah?..

Ni memang best... feveret BELLE


Trip Jalan2 sesuka hati Februari yang lepas... best and kalau ada rezeki nak pegi lagi.... Makanan pun best, tpt tinggal pun best, 'supir' pun baik hati... Semua tips2 dari blogger diambil kira dan Alhamdulillah sangat2 membantu dalam setiap perjalanan kami. Next nak ke Thailand plak... ngeh2